Monday, December 2, 2013

DAP mahu PR NS kenalpasti calon MB

dipetik daripada Free Malaysia Today

Loke: Saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu
SEREMBAN:Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memulakan langkah awal dan mengenalpasti siapakah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Bercakap dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-16 di Seremban, lewat petang semalam, Loke berkata pada PRU-13, Pakatan
Rakyat telah berjaya menyakinkan majoriti pengundi di kawasan bandar seperti yang ditunjukkan dalam keputusan yang kita perolehi.

“Namun, kami menerima hakikat bahawa faktor ketakutan yang dibangkitkan oleh Umno terhadap masyarakat Melayu melalui isu
perkauman yang dimainkan masih begitu berkesan di kawasan luar bandar sehingga PAS dan PKR sukar menembusi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Umno.

“Umpamanya, ada di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang termakan dengan propaganda Umno kononya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan dan pemimpin bukan Melayu DAP akan merampas kuasa Melayu termasuk saya akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
“Sebelum PRU-13 pun telah berkali-kali saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu.
“Yang DAP dan Pakatan Rakyat ingin tolak ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang rakus kuasa dan rasuah. DAP akan tetap mendokong peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bahawa jawatan Menteri Besar akan disandang orang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam. Pendirian DAP dalam hal ini tetap sama dan tidak berubah.
“Untuk menangkis tohmahan dan penipuan yang terus dilemparkan oleh Umno dan BN, Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dan strategi yang lebih berkesan untuk menyakinkan masyarakat Melayu bahawa masa depan seluruh rakyat Malaysia akan lebih baik dan terjamin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana dasar yang kita perjuangkan ialah untuk kesejahteraan rakyat dan bukannya untuk sebilangan kecil golongan yang terpilih.
“Justeru itu, saya menyokong penuh cadangan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, supaya sebuah Majlis Strategik Pakatan Rakyat ditubuhkan segera untuk memulakan langkah untuk persiapan menghadapi PRU-14.
“Satu strategi yang sangat penting untuk Negeri Sembilan ialah Pakatan Rakyat perlu mengenalpasti, memutuskan dan menampilkan calon Menteri Besar kita sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU-14,” kata Loke.
Sementara itu dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Negeri yang baru untuk penggal 2013 – 2015, empat muka baru berjaya menempatkan diri dalam senarai 15 AJK Negeri.
Mereka ialah J Arulkumar (194 undi), Choo Ken Hwa (137 undi), A Kesavadas (115 undi) dan Lawrence Fah Hon Wee (112 undi).
Selepas keputusan diumumkan, mesyuarat AJK Negeri memutuskan kepimpinan baru DAP Negeri Sembilan untuk dua tahun akan datang seperti berikut:
Pengerusi: Loke Siew Fook
Timbalan Pengerusi: P Gunasekaran
Naib Pengerusi 1: Siow Kim Leong

Naib Pengerusi 2: S Veerapan

Setiausaha: Cha Kee Chin

Penolong Setiausaha: J Arulkumar

Bendahari: Yap Yew Weng

Berikut senarai penuh 15 AJK DAP Negeri Sembilan berserta jumlah undi
yang diperolehi:

1. Loke Siew Fook – 205 undi
2. Siow Kim Leong – 201 undi
3. J Arulkumar – 194 undi
4. Yap Yew Weng – 178 undi
5. Ng Chin Tsai – 160 undi
6. Teo Kok Seong – 155 undi
7. Cha Kee Chin – 139 undi
8. Chew Seh Yong – 139 undi
9. P Gunasekaran – 139 undi
10. Choo Ken Hwa – 137 undi
11. S Veerapan – 137 undi
12. A Kesavadas – 115 undi
13. Lawrance Fah Hon Wee – 112 undi
14. Mary Josephine Prittam Singh – 105 undi
15. Ean Yong Tin Sin – 92 undi

No comments: