JASIN: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.
Bas itu disimbah cat merah ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.

Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
No comments:
Post a Comment