Wednesday, January 12, 2011

Tinjau-Tinjau Bandar Seremban


Hari ini (11 Januari 2010) ketika melalui Jalan Zaaba jam 11.30 pagi untuk melihat billboard yang terletak di persimpangan Jalan Zaaba dan Jalan Yam Tuan, secara kebetulan terlihat di kawasan pejalan kaki lima bersebelahan A&W Seremban satu lubang longkang terlopong kerana telah hilang penutup besinya!
Mungkin pada siang hari, ramai yang akan dapat melihat jelas lubang tersebut tetapi pada malam harinya pula walaupun kawasan tersebut mempunyai lampu jalan JIKA ada yang terlepas pandang, mungkin kaki tersadung masuk ke dalam lubang tersebut yang juga bakal mendatangkan kecederaan!
Ini mungkin akan merbahayakan kepada pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Kawasan kaki lima tersebut turut menjadi laluan para pelajar Sekolah Menengah KGV dan juga pengunjung Taman Tasik Seremban yang berjalan kaki.
Semoga pihak Majlis Perbandaran Seremban dapat segera menggantikan penutup lubang tersebut untuk mengelak berlaku kemalangan kepada para pejalan kaki.

No comments: