Friday, January 28, 2011

Mahkamah Tinggi Seremban gugur kes injuksi kontraktor Felda

Naib Ketua Cabang Jempol, T. Kumar telah memaklumkan Mahkamah Tinggi Seremban hari ini telah menggugurkan kes injuksi kontraktor Felda terhadap peneroka-peneroka Felda Alias 2 berhubung penebangan pokok getah tua.

Menurut beliau, mahkamah berkeputusan menolak injuksi tersebut kerana kontraktor tidak ada hak untuk menghalang para peneroka untuk menebang pokok getah tua mereka sendiri dengan kontraktor lain. Mahkamah juga berpendapat sebagai tuan tanah, para peneroka mempunyai hak untuk memilih kontraktor mereka sendiri.

Kemenangan ini telah menyuntik semangat para peneroka yang hadir di Mahkamah Tinggi Seremban dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai tuan tanah di kawasan Felda.

Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat

Gambar & Berita dipetik daripada Malaysiakini.com

Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk SeriAnwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat

Berikut adalah lampiran Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang telah dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung tahun lalu.

Program ini telah dikatakan menjadi suatu 'puaka' yang menakutkan BN dan dikhuatiri akan menggugat sokongan rakyat kepada BN pada PRU-13 nanti. Ketakutan itu terserlah dengan kecaman-kecaman pimpinan BN yang melabelkan program ini sebagai ilusi atau mimpi-mimpi Pakatan Rakyat.

azlan

Tuesday, January 25, 2011

Zamri Vinnoth Digantung Keanggotaan Parti

PKR Pusat telah menggantung keanggotaan Muhd Zamri Vinnoth Bin Abdullah atas kesalahan menjadi PENGUNDI HANTU semasa Pemilihan MPP di Cabang Rembau pada hujung tahun 2010 lalu.

Surat penggantungan telah diserahkan kepada beliau. Akibat penggantungan tersebut, beliau telah hilang haknya sebagaimana yang dinyatakan Perlembagaan Parti Fasal 7, perkara 7.1.2: 'Mana-mana anggota yang sedang digantung keanggotaanya atau dipecat akan hilang haknya seperti dalam Fasal 7.1.1 sehingga statusnya dipulihkan oleh MPP.'

Maka dengan itu, Zamri Vinnoth bukan lagi Ketua AMK Rasah dan tidak boleh menjalankan peranan, tugas dan tanggungjawab bagi jawatan yang dimenangi dalam pemilihan cabang lalu.

Berkemungkinan tindakan pemecatan keanggotaan akan dikenakan keatas beliau kerana beliau adalah pemegang jawatan utama (Ketua AMK Cabang) ketika melakukan kesalahan berat tersebut.

Friday, January 21, 2011

Pra PRU-13: Mengamati Potensi Kemenangan PR di Johol

Sesuatu yang harus rakyat Negeri Sembilan dan khususnya kepada para penyokong Pakatan Rakyat bahawa kenyataan negeri ini lubuk kekuatan BN adalah silap sama sekali. Memang benar jika perjalanan pilihanraya diimbas sejak PRU pertama pada tahun 1959, seolah-olah Negeri Sembilan ini tidak mungkin ditawan oleh pembangkang.

Andainya penilaian dan penelitian dibuat kepada data-data atau maklumat sejarah PRU yang lalu, pasti kita semua akan bersetuju tidak semua kawasan DUN di Negeri Sembilan ini mempunyai cengkaman kuat Umno-BN.

Terus kepada penelitian data, sebagai contoh DUN Johol dalam Parlimen Kuala Pilah. Pada PRU 1986, BN hanya menang dengan majoriti 997 undi dengan calonnya, Darus Salim Bulin mendapat 3,076 (59.67%) manakala calon lawannya, Rameli Dahalan (BEBAS) mendapat 2,079 undi (40.33%). Sedia maklum kawasan ini terdiri daripada majoriti 70% pemilih Melayu luar bandar.

Kemudian dalam PRU tahun 1991 dan 1994, BN melalui calonnya Darus Salim Bulin mendapat peningkatan undi majoriti melebihi dua ribu undi kerana pembangkang ketika itu Parti Semangat 46 tidak begitu mendapat sokongan padu rakyat.

Situasi itu kembali berubah pada PRU tahun 1999, sekali lagi BN meletakkan Darus Salim Bulin bertanding di DUN Johol. Kali ini lawannya adalah Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) yang meletakkan Rusli Idris sebagai calonnya. Arus REFORMASI begitu kencang melanda rakyat di Kuala Pilah dan kesannya BN hanya menang dengan majoriti kecil hanya 848 undi. Darus Salim mendapat 3,429 undi (56.96%) manakala Rusli Idris mendapat 2,581 undi (42.87%).

Momentum itu tidak berterusan pada PRU seterusnya pada tahun 2004, apabila majoriti BN melalui calonnya Roslan Md Yusof anak jati Kg Johol dengan 2,359 undi. Sekali lagi, Tsunami Politik 2008 telah melanda dan turut memberi kesan kepada majoriti kemenangan BN di Johol. Kali ini YB Roslan Md Yusof hanya mendapat majoriti 1,263 undi, memperlihatkan penurunan ketara.

Mengikut maklumat, undi penyelamat BN di Johol datang dari Daerah Mengundi Kepis yang majoriti terdiri daripada penyokong kuat Umno. Sementara kawasan Inas, Pekan Johol dan Air Mawang memberi undi kepada pembangkang. Malah YB Roslan Md Yusof sendiri mengakui kawasan Inas tidak pernah memberi kemenangan kepada calon BN.

Apakah kali ini dalam PRU-13 pakatan pembangkang akan berjaya memenangi DUN Johol? Potensi kemenangan terbuka kepada PR merebut Johol daripada BN. Namun, strategi bersama dan kerjasama antara jentera PAS dan PKR akan mampu merebut kawasan tersebut. Mungkinkah PAS Kawasan Kuala Pilah akan meletakkan calon baru untuk bertanding di Johol? Jika itu berlaku, peluang kemenangan lebih terbuka luas.

Peneroka cabar permohonan injunksi kontraktor Felda

Berita Penuh

Seramai 33 peneroka Felda Palong 9, Jempol memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban semalam, untuk mencabar permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk menebang dan membeli pokok getah di tanah mereka.

Mereka memohon mahkamah menolak permohonan plantif - Evergreen Hevea Resources Sdn Bhd - dengan kos kerana mendakwa syarikat tersebut tidak mempunyai hak ke atas tanah mereka.

Afidavit balasan tersebut difailkan oleh salah seorang defenden - Azizan Ahmad - bagi pihaknya dirinya dan kesemua defenden yang lain.

Sebelum ini, kontraktor lantikan Felda itu telah memulakan kerja menebang pokok getah yang membabitkan lebih 200 peneroka di Felda Palong 9 untuk tanaman semula.

Bagaimanapun 33 peneroka berkenaan mahu melantik kontraktor lain yang menawarkan bayaran yang lebih tinggi untuk menebang dan pembelian pokok getah mereka.

Dalam afidavit itu, Azizan mendakwa pihak defenden tidak pernah menerima tawaran dari plaintif untuk kontrak penebangan dan penjualan pkok getah, mahupun menerima sebarang jenis ganjaran untuk pokok-pokok tersebut.

Katanya, defenden juga tidak menerima tawaran Felda untuk skim penebangan dan penjualan kayu pokok getah kerana ingin mendapatkan tawaran yang lebih tinggi dari luar.

Jika perintah larangan itu diberikan, tambahnya, ia akan menjejaskan hak defenden untuk memperolehi keuntungan yang maksima berdasarkan kepada keperluan pasaran dan ianya akan membantut secara tidak langsung proses penanaman semula.

Afidavit juga menyebut bahawa defenden masih boleh menoreh getah secara berterusan dan menyara hidup mereka.

Maka, jika perintah larangan dikenakan, ia akan menyebabkan defenden mengalami kesusahan kerana sekatan terhadap hak mereka mencari keuntungan yang berterusan kerana harga getah yang tinggi ketika ini dan jika plaintif cuba menebang pokok berkenaan, tambahnya.

Menurutnya lagi, defenden juga akan mengalami kerugian besar jika larangan dikenakan kerana harga yang ditawar oleh plaintif adalah rendah dan akan merugikan defenden.

"Defenden akan mengalami kesusahan untuk menjelaskan hutang, menyara hidup keluarga, persekolahan anak-anak akan terjejas dan seterusnya akan meninggikan tekanan hidup," katanya sambil menambah defenden tidak seharusnya menjadi mangsa atau kesilapan pihak lain.

Menurut peguam T Kumar yang mewakili 32 peneroka berkenaan, sebutan kes itu didengar dalam kamar dan akan dibicarakan pada 22 Februari ini.

Mereka turut diwakili peguam P Raja Sundram.

Bercakap kepada media kemudiannya, wakil peneroka, Mohd Salam Yusof mendakwa harga yang ditawarkan oleh kontraktor lantikan Felda bagi kerja menebang dan membeli kayu pokok getah adalah rendah, berbanding tawaran kontraktor yang ingin dilantik peneroka.

Menurut peguam T Kumar yang mewakili 32 peneroka tersebut, sebutan kes itu didengar dalam kamar dan ia akan dibicarakan pada 22 Februari ini.

Mereka turut diwakili peguam P Raja Sundram.

ADUN Merlimau meninggal dunia


ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.
Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.

Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

Merlimau merupakan kawasan majoriti Melayu dengan lebih 64 peratus daripada keseluruhan 10,500 pengundi. Selebihnya terdiri daripada 21 peratus pengundi Cina dan 14 peratus pengundi India.

Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi berkenaan pada 2008 apabila menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 2,154.

Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, beliau memperolehi majoriti lebih besar sebanyak 5,087 undi dengan menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Sementara itu, ketua pembangkang Melaka Goh Leong San turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Hidhir ketika dihubungi hari ini.

Mengulas pilihan raya kecil yang dijangka akan berlangsung, Goh berkata beliau menganggap DUN Merlimau sebagai satu potensi kepada Pakatan Rakyat dan menjangkakan PAS akan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Tambahnya, pilihan raya kecil itu akan menyediakan peluang yang baik kepada masyarakat tempatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas pentadbiran Mohd Ali.

Wednesday, January 19, 2011

Azhar Ibrahim calon BN di Tenang

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

NONEAzhar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong



azlanSpeaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul HishamAbdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.


Sunday, January 16, 2011

PAS letak calon wanita bertanding di Tenang


PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (gambar) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Senarai Penuh Kepimpinan PKR Pusat & Negeri

Senarai lengkap ahli MPP/Pengerusi Biro bagi penggal 2010/2013 adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha : Rosli Abdullah, Steven Choong, T Kumar, Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran, Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Datuk Dr Tan Kee Kwong

Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrulamin Bahron ,Hee Loy Sian, Khalid Jaafar, Abdul Rahman Yusof, Datuk Johari Abdul, Haniza Talha, Fariz Musa, Zakaria Abdul Hamid, Roland Chia, Siti Aishah Shaik Ismail, Ismail Yusop, Latheefa Koya, S Kesavan, Shuhaimi Shafiei, M R Summugam, Yusmadi Yusoff, S Manikumar, Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali, S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, See Chee How, Chang Lih Kang

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasaiah, Dr Xavier Jeyakumar, Dr Syed Husin Syed Ali, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pengerusi MPN : Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Muhammad Nur Manuty

Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Johor – Datuk Chua Jui Meng

Melaka – Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan : Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Pennyelaras Ahli Parlimen dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat FELDA Orang Asal : Suhaimi Said

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Mohd Yahya Mat Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah Shaik Ismail

Thursday, January 13, 2011

YB Dato Kamarul Baharin Abbas kekal Pengerusi MPN Negeri Sembilan

Ahad lepas PKR Pusat telah mengumumkan secara rasmi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi meneruskan mandat yang dipikul sebelum ini untuk memimpin PKR Negeri Sembilan.

Faktor kestabilan organisasi yang ditunjukkan sepanjang di bawah kepimpinan Dato' Kamarul bersama anggota-anggota MPN Negeri Sembilan pada sesi lepas (2007-2010) telah memberi keyakinan MPP kepada beliau untuk terus memimpin PKR Negeri Sembilan. Terbukti tidak wujud permasalahan politik besar yang boleh menggugat kestabilan parti pada sesi lalu.

Sebelum tahun 2007, PKR Negeri Sembilan dihimpit dengan pelbagai masalah dan kekurangan yang telah memperlahankan pergerakan organisasi. Namun, setelah tampuk kepimpinan diserahkan kepada Dato' Kamarul, beliau telah menyusun dan mengatur semula organisasi parti . Pengalaman beliau sebagai mantan Bendahari Agung dan Setiausaha Agung parti yang pernah dipikul telah digunakan sebaiknya bagi memantapkan kedudukan parti di Negeri Sembilan.

Antara peranan terbesar beliau adalah menggerak dan mengaktifkan semula Cabang Jelebu dan Tampin yang tidak aktif sejak tahun 2000. Pengerusi Negeri silih berganti sebelum beliau hadir tidak berjaya melaksanakan tugas tersebut. Menjelang penghujung tahun 2008, kedua-dua cabang tersebut telah berjaya diaktifkan semula. Hasilnya, program-program berimpak besar telah berjaya dijalankan di kedua-dua cabang tersebut.
Pada 1 Mac 2009, satu ceramah perdana 'Ke Arah Kerajaan PR Negeri Sembilan' anjuran bersama PKR Negeri Sembilan dan Cabang Tampin telah menghadirkan ribuan rakyat untuk menjayakannya.
Fasa pengukuhan solidariti antara pimpinan negeri dan cabang turut digerakkan di bawah kepimpinan beliau. Program MPN Turun Ke Cabang telah dijalankan antara Jun hingga Julai 2009 adalah satu strategi merapatkan persefahaman dan ikatan kerjasama antara MPN dan cabang. Program ini telah berjaya meminimakan salah faham dan persepsi negatif yang pernah ditimbulkan sebelum ini.
Dato' Kamarul juga menjadi pencetus kepada penubuhan badan tertinggi Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Pada 28 Januari 2010, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan (MPPRNS) telah dibentuk bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara parti komponen PR. Penubuhan badan ini telah menjadi titik asas kepada matlamat Menawan Negeri Sembilan PRU-13. Kerjasama dalam perkongsian maklumat, jentera bersama, program bersama dan persediaan pilihanraya adalah agenda utama yang memacu gerak MPPRNS.
Hubungan baik yang terjalin dari awal antara Dato' Kamarul dengan para pimpinan utama PR Negeri Sembilan telah mengukuhkan lagi kerjsama dan persefahaman dalam menjayakan matlamat PR negeri. Selain itu, kredibiliti positif Dato' Kamarul juga diakui oleh pihak lawan khusus dari Umno sendiri.
Malah PKR Pusat telah mengiktiraf PKR Negeri Sembilan adalah paling stabil di antara negeri-negeri lain kerana tiada konflik atau masalah politik dalaman besar yang berlaku. Sokongan padu seluruh anggota MPN sesi lalu telah menjayakan pelaksanaan gerak kerja.

Wednesday, January 12, 2011

Tinjau-Tinjau Bandar Seremban


Hari ini (11 Januari 2010) ketika melalui Jalan Zaaba jam 11.30 pagi untuk melihat billboard yang terletak di persimpangan Jalan Zaaba dan Jalan Yam Tuan, secara kebetulan terlihat di kawasan pejalan kaki lima bersebelahan A&W Seremban satu lubang longkang terlopong kerana telah hilang penutup besinya!
Mungkin pada siang hari, ramai yang akan dapat melihat jelas lubang tersebut tetapi pada malam harinya pula walaupun kawasan tersebut mempunyai lampu jalan JIKA ada yang terlepas pandang, mungkin kaki tersadung masuk ke dalam lubang tersebut yang juga bakal mendatangkan kecederaan!
Ini mungkin akan merbahayakan kepada pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Kawasan kaki lima tersebut turut menjadi laluan para pelajar Sekolah Menengah KGV dan juga pengunjung Taman Tasik Seremban yang berjalan kaki.
Semoga pihak Majlis Perbandaran Seremban dapat segera menggantikan penutup lubang tersebut untuk mengelak berlaku kemalangan kepada para pejalan kaki.

Peneroka Palong 9 Bawa Tuntutan Hak Penjualan Kayu Getah Tua Ke Mahkamah!





Hari ini (11 Januari 2010)sekumpulan 30 Peneroka Felda dari Felda Palong 9 telah memfailkan tuntutan hak penjualan kayu getah tua di Mahkamah Tinggi, Seremban 2 jam 4.00 petang tadi.

Beberapa pimpinan PKR Negeri Sembilan telah hadir memberi sokongan kepada kumpulan peneroka ini. Tahun lalu, seramai 700 peneroka Felda Serting Hilir telah mengemukakan tuntutan ke atas hak jualan minyak sawit dengan menyaman Felda kerana menyeleweng bayaran minyak sawit peneroka.

Thursday, January 6, 2011

AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama

Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk
mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

PKR: Penafian Rais, mengapa tiada siasatan?

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berhubung kes rogol amah, lapor TV Selangor.

"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan.

“Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," kata Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Ketua Wanita PKR, Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan Wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

"Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

"Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut.

Cuit-cuit, Usik-usik: "Sebagaimana orang-orang Umno kuat menuduh DSAI meliwat tetapi rakyat kebanyakan menyakini ia satu fitnah besar, begitulah berlaku kepada Rais Yatim yang menafikan rogol amah."

Wednesday, January 5, 2011

Himpunan 30,000 pemuda PAS hadapi p'raya


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan satu himpunan besar sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil, yang juga pengarah himpunan tersebut, berkata ia mengumpulkan para pemuda PAS dari seluruh negara.

Bertemakan "Masa Untuk Berubah" perhimpunan 30 000 pemuda PAS itu akan diadakan pada 19 Februari depan di Kota Sarang Semut, Kedah.

Menurutnya, ini merupakan perhimpunan kali ketiga selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada 2002 yang mengumpulkan 5,000 Pemuda PAS.

Manakala perhimpunan kedua pula di Kota Bharu, Kelantan pada 2006 yang berjaya mengumpulkan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara, kata Khairul dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perhimpunan kedua itu telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu.

"Seramai lima pemuda dari setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai perhimpunan tersebut," tambahnya.

Manakala perhimpunan bulan dirancang dengan jangkaan 30,000 peserta - sekali ganda lebih besar daripada jumlah peserta tahun 2006, kata Khairul.

Menurutnya, bagi merealisasikan kehadiran 30,000 peserta, sasaran kali ini ahli baru dan anak muda yang menyokong PAS dari semua kawasan di seluruh negara.

"Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," katanya.

Perhimpunan sehari itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Menurutnya, mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Abu Bakar Chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut meraikan program tersebut

"Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu.

"Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang," tambah Khairul.

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi



Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Tuesday, January 4, 2011

Analisa PRU-13: DUN Tumpuan Menang-LABU

PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu telah menyaksikan Negeri Sembilan hampir sahaja ditawan oleh Pakatan Rakyat. BN Negeri Sembilan berkelebihan hanya empat kerusi DUN dan hilang suara majoriti dua pertiga.

Episod menarik kemudian tercetus dengan tersebarnya berita tentang empat ADUN BN dari Umno dikhabarkan akan melompat ke PKR. Namun, khabar itu kemudiannya dinafikan oleh Menteri Besar, Mohamad Hassan.

Pada PRU-12 lalu, PKR Negeri Sembilan telah bertanding 12 kerusi DUN dan telah memenangi empat daripadanya iaitu Ampangan, Sikamat, Chuah dan Port Dickson.

Walaupun tewas lapan kerusi dun, tetapi jika diteliti maklumat-maklumat kerusi dun tersebut PKR Negeri Sembilan berpeluang untuk memenangi enam daripada lapan DUN yang tewas. Majoriti kemenangan BN pada enam DUN tersebut adalah bawah daripada dua ribu undi. DUN tersebut adalah;
1. Labu
2. Pilah
3. Pertang
4. Jeram Padang
5. Linggi
6. Juasseh

DUN Labu berpotensi untuk dimenangi oleh PKR Negeri Sembilan. Prestasi PKR dalam pertandingan di DUN Labu lebih menyakinkan berbanding parti-parti pembangkang yang pernah bertanding di situ.

Sejarah Pertandingan

Pada PRU ke-9 pada tahun 1995, DUN Labu telah dimenangi oleh BN melalui calon Umno iaitu Muhammad Shahlan Bin Shaid dengan majoriti yang selesa iaitu 5,173 menewaskan calon parti Semangat 46, Mejar (B) Hj. Othman Bin Hj. Abdullah yang hanya mendapat 902 undi. Maklumat ringkas seperti berikut;

Muhammad Shahlan Bin Shaid-6,075
Mejar (B) Hj. Othman Hj. Abdullah-902
Majoriti-5,173

PRU ke-10 pada tahun 1999, BN kekal memenangi DUN Labu melalui calon yang sama iaitu Muhammad Shahlan. Walaubagaimanapun, majoriti kemenangan BN telah susut ketara iaitu 1,684 undi. Calon PKR (dikenali Parti Keadilan Nasional ketika itu) Norizam Yasin mendapat 2,717 undi manakala Muhammad Shahlan mendapat 4,401 undi. Gelombang REFORMASI pada tahun itu telah mempengaruhi peningkatan undi kepada pembangkang.

Pada PRU ke-11 dalam tahun 2004, BN masih mengekalkan penyandang DUN Labu, Muhammad Shahlan Shaid sebagai calonnya. Kali ini PAS telah meletakkan calonnya bertanding di Labu iaitu Syed Mohd Fuad Bin Syed Ahmad. BN telah mengukuhkan kedudukannya di sini dengan peningkatan majoriti. Faktor calon PAS yang kurang dikenali mempengaruhi undi. Muhammad Shahlan mendapat undi 5,605. Syed Mohd Fuad mendapat undi 2,932. Majoriti adalah 2,673 undi.

PRU ke-12 membuktikan pengaruh BN di Labu tidak sehebat era PRU sebelum 1999. Peningkatan sokongan pada PRU 2004 hanya disebabkan kedudukan pakatan pembangkang yang tidak kuat ketika itu. Namun PRU 2008 memberikan wajah perubahan yang ketara.

Walaupun BN menang di DUN Labu melalui calonnya, Hasim Bin Rusdi dengan undi 5,451 namun majoriti dimenangi berada di bawah paras 1,500 undi. PKR meletakkan anak jati Labu, Mokhtar Bin Ahmad sebagai calonnya. Beliau mendapat 4,046 undi. Majoriti kemenangan BN adalah 1,405 undi.

Kedengaran khabar angin yang mengatakan PAS Negeri Sembilan ingin kembali bertanding di Labu pada PRU-13 akan datang. Hakikatnya, DUN Labu jika dilihat dari sudut analisa maklumatnya PKR lebih kukuh untuk kekal bertanding. Selain mempunyai jumlah anggota parti yang ramai di DUN Labu, PKR juga telah mempunyai banyak ranting yang ditubuhkan seperti Ranting Labu Hilir, LBJ, Bandar Enstek, Labu Batu 8 dan yang bakal ditubuhkan Ranting Kg Kondok dan Kg Lambar.

Harapan Baru

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan melalui PKR Negeri Sembilan telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang berlaku sepanjang PRU 2008 di DUN Labu. Gerak kerja penyusunan jentera dan strategi sedang berlangsung bagi memastikan kemenangan PKR di DUN Labu.

Matlamat PKR seandainya memenangi Labu adalah meningkatkan kembali perkhidmatan bas awam. Kawasan Labu kini terletak dalam jaringan pembangunan di sebelah utaranya iaitu Bandar Enstek dan berada 15km dari bandar Seremban. Perkhidmatan bas awam yang kurang cekap telah menjejaskan pergerakan kebanyakan penduduk kawasan kampung dan luar bandar dalam DUN Labu yang bergantung kepada bas awam dan tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke Bandar Seremban, Nilai dan Nilai 3.

Kawasan Labu juga berpotensi menjadi pusat pelancongan dan rekreasi kerana memiliki kawasan hutan dara yang terbentang dari Nilai hingga ke Mantin.Usaha naik taraf kemudahan dan pembangunan terancang tanpa menjejaskan kawasan hijau terebut mampu menjadi Labu menjadi pusat tumpuan rekreasi keluarga dan pelancongan. Secara langsung, rakyat tempatan akan mendapat impak ekonomi.