Friday, February 7, 2014

PRK Kajang: Wanita KEADILAN seluruh negara sedia gerak jentera

KAJANG 7 FEB: Jentera Wanita KEADILAN bagi pilihan raya kecil N25 DUN Kajang dilancarkan semalam dengan kehadiran wakil Wanita KEADILAN dari seluruh negara.
Dimulakan dengan laungan ‘Reformasi’, pelancaran jentera pilihan raya kecil Wanita KEADILAN bagi N25 DUN Kajang dilakukan dengan penyerahan watikah oleh pengarah PRK, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim kepada wakil wanita setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Turut hadir program pelancaran jentera Wanita KEADILAN di tapak pasar malam Dataran Saujana Prima semalam ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Wanita perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai rintangan.
“Tidak ada yang mudah untuk berusaha bagi mencapai keadaan negara Malaysia yang lebih baik,” kata Wan Azizah dalam ucapan ringkas.
Sementara itu kata Haniza Talha, pengarah pilihan raya Wanita KEADILAN Pusat, jentera PRK DUN N25 menyasarkan usaha untuk meningkatkan bilangan pengundi dan fokus ditumpukan untuk menarik pengundi wanita.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59090

No comments: