KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.
“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.
“Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.
“Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan
“Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, malah memihak kepada BN” , kata Surendran dalam kenyataan.
Dalam pda itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.
“Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya.
“Sebagai Perdana Menteri dia tidak sepatutnya membenarkan kempen jijik seperti ini dilakukan oleh parti politiknya,” kata Surendran.
Tambahnya, Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi
“Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar auntuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihanraya kecil di Kajang nanti”.
“Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri”, kata Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58868
No comments:
Post a Comment