Monday, May 21, 2012

SISMEP 3.0 dilancar di N.Sembilan, Melaka

dipetik daripada Keadilan Daily


SEREMBAN 20 Mei: Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) 3.0 dan menyerahkan bahan kempen pilihan raya di Negeri Sembilan dan Melaka, semalam.
SISMEP merupakan sistem yang direka dan berfungsi mengesan pengundi hantu melalui perbezaan senarai pengundi yang berdaftar dan kawasan mengundi dari tahun 2004 hingga 2011.
Majlis pelancaran tersebut diketuai Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Azmin Ali dan turut disertai Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka,  Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Program itu bermula di sebelah pagi di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Sembilan di Seremban.
Kira-kira 300 penggerak parti hadir dan mendengar taklimat pimpinan berhubung persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kemuncak acara ialah pelepasan konvoi kenderaan pacuan empat roda yang membawa bahan kempen ke setiap cabang KEADILAN.
Dalam program itu, setiap cabang  KEADILAN turut dibekalkan perisian SISMEP 3.0.
Program di Melaka pada sebelah petang pula diadakan di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri selepas lokasi asal iaitu Hotel Hang Tuah tidak dibenarkan kerajaan negeri.

Hari ini, majlis pelancaran peringkat negeri Selangor akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya dan dijangka 1000 penggerak dari seluruh negeri akan hadir.

No comments: