Monday, March 26, 2012

Turun Padang PR NS bersama rakyat: Pekan Dangi

Pada hari Jumaat, 23 Mac 2012 lalu satu program 'walkabout' atau turun padang bertemu rakyat oleh Pimpinan Pakatan Rakyat NS telah berlangsung di Pekan Dangi yang merupakan salah satu dearah mengundi dalam Dun Johol, Parlimen Kuala Pilah.

Program bermula seawal jam 9.30 pagi telah dijayakan oleh beberapa pimpinan Cabang Keadilan Kuala Pilah, pimpinan MPN Keadilan NS dan pimpinan utama DAP NS. Antara yang hadir adalah Pengerusi DAP NS, YB Loke Siew Fook, Ketua Cabang Keadilan Kuala Pilah, Nordin Ismail, Pengarah Strategik Keadilan NS, Haji Muhammad Kamel Yassin, Penyelaras Dun Johol, Ustaz Norazman, Setiausaha Publisiti DAP NS, YB Teo Kok Seong dan beberapa lagi pimpinan PR NS.

Kehadiran pimpinan PR NS tersebut telah mendapat perhatian daripada kebanyakan penduduk Pekan Dangi.

Ini adalah program 'walkabout' yang kedua setelah berlangsung seminggu sebelum itu di Pekan Kuala Pilah. Hasil program tersebut telah memperlihatkan sikap dan sokongan penduduk tempatan terhadap PR. Rata-rata yang ditemui mahukan suatu perubahan kepada Negeri Sembilan dan mengharapkan PR NS mampu melaksanakan hasrat perubahan tersebut.


No comments: