Friday, March 23, 2012

Siri Jelajah PR NS pertama: lebih 7 ribu hadir!


Program: Siri Jelajah PR NS (siri pertama-Parlimen Telok Kemang)
Tarikh; 22 Mac 2012 / Khamis
Venue: Batu 3, Jalan PD-Lukut, Pekan Lukut, Port Dickson.
Kehadiran: lebih 7 ribu Sasaran kehadiran: 5 ribu

Momentum sokongan rakyat kepada program besar Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tetap berterusan selepas Rapat Rakyat N9 pada 15 Januari 2012 lalu. Siri Jelajah PR NS untuk siri pertamanya di Parlimen Telok Kemang mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk-penduduk sekitar Lukut, Chuah, Port Dickson, Seremban dan Rembau.

Program bermula seawal jam 8.30 malam walaupun tapak program telah mula dibanjiri orang ramai sejak jam 7.30 malam lagi. Sebelum itu, dilaporkan banyak poster dan banner hebahan tentang siri jelajah ini telah dikoyakkan dan dipotong oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sebagai usaha menggagalkan hebahan tersebut kepada orang ramai. Namun, halangan itu tidak sedikit pun menjejaskan kehadiran ramai.

Ceramah telah dimulakan oleh Adun Lukut, YB Ean Yong dan kemudiannya disusuli oleh Adun Chuah, YB Chai Tong Chai. Ketika ceramah berlangsung, telah kelihatan segerombolan anggota Perkasa mula berkumpul di hadapan stesyen minyak Shell seberang jalan dari tapak program. Banner-banner mencemuh Ketua Umum KEADILAN mula dinaikkan oleh penyokong-penyokong kumpulan terbabit. Namun, tidak sampai 30 minit mereka telah diarahkan oleh polis supaya meninggalkan kawasan setelah ramai penyokong dan pasukan keselamatan PR menghampiri gerombolan terbabit.

Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba tepat jam 10.30 malam dan beliau memulakan ucapan pada jam 10.55 malam. Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN dan DAP NS telah menyampaikan ucapan.


No comments: