Timbalan presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam yakin bahawa BN tidak akan kehilangan Perak dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan rakyat terhadap BN didapati semakin meningkat.
Beliau berkata ini berdasarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di seluruh negara.
"Sokongan terhadap BN sudah meningkat berbanding dahulu. Jadi tanggapan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang menyatakan pembangkang akan menawan Perak dan NS adalah kurang tepat jika mengambil kira pilihan raya olok-olok yang dibuat oleh Umno," kata Subramaniam kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT) Tamil Ladang Regent di Gemas hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan di beberapa laman blog yang menyatakan BN mungkin kehilangan Perak dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum ke-13 berikutan rakyat di kedua-dua negeri itu akan menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam masa yang sama, Subramaniam meminta pemimpin dan ahli MIC supaya peka dengan permasalahan rakyat kerana keadaan politik pada hari ini tidak serupa dengan dahulu.
"Jangan biarkan orang lain naikkan permasalahan rakyat. Biar MIC jadi wira dan ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat kita," katanya.
Timbalan Presiden MIC itu yakin dengan memperjuangkan isu rakyat, sokongan akan kembali kepada BN.
Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia hari ini melawat SJKT Ladang Regent berikutan rungutan penduduk India di sekitar ladang itu mengenai bangunan sekolah itu yang sudah uzur dan tidak selesa lagi untuk menampung kira-kira 200 murid.
Sebidang tanah seluas 0.12 hektar di laluan Gemencheh menuju ke Batang Melaka, kira-kira 2 kilometer dari bangunan asal sudah dipilih untuk pembinaan sekolah baru lama itu.

No comments:
Post a Comment