Tuesday, September 29, 2009

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

3 comments:

sakariya said...

Sikatik ni jugak yang dipilih sebagai calon, nampak sangat umno Bagan Pinang ketandusan calon.
Kesian madey.....cakap dia tak laku lagi!!

PAS UNTUK SEMUA

Anonymous said...

Would Mafrel check on the claim that UMNO is using the Jabatan Penerangan facilities as Markas for the Bagan Pinang?
Please check for photos and details in
http://baganutama.blogspot.com/

Jabatan penerangan sibuk dan perlu buat khemah tambahan kat luar pada hal pada hari biasa tak pernah nampak sesibuk nie, kalau time minum punya lah berzaman pergi minum.

Sebelum kematian tiada promosi pelancongan kat Port Dickson, sekarang buat kecoh kecoh. Bangang punya BN kalau nak buat pun tunggulah masa cuti sekolah barulah ramai orang dan boleh fokus kat pelancong luar nie.

PD penuh dengan banting banting 1Malaysia buat apa hanya mula sekarang? Pergi lah letak kat klia ke kl sentrel ke@kat kuala lumpur biar pelancong tahu! Entah berapa lah kos banting2 da lah beratus digantung di sekitar PD sape dapat tender dan di bayar Jabatan Pelancongan.

Boleh Mafrel buat apa? MACC lagi untul salah guna jentera Kerajaan?


If these had been an ongoing activities even before the election, that is very good and fine. But if this facility is newly provided just for the election, that would be an abuse by the Minister as an UMNO member using government facilities. Further reports with the MACC should also be done.

PKR Negeri Sembilan said...

Jabatan Penerangan utk makluman semua sememangnya lagi sahih sbg jentera propaganda BN.

Seorang sahabat saya yg bekerja di ASWARA semasa "dikursus"kan ke Biro Tatanegara memberitahu ada pegawai jbtn penerangan secara terang2 nyatakan jbtn ini adalah jentera propaganda BN...

To saudara sakariya: Umno sememangnya sudah tida calon yg layak lg wibawa...maka nak tak nak kena pilih yg terbaik dlm yg terburuk. Umno sedang bermain strategi mematikan karier politik Isa Samad.