Thursday, May 7, 2009

Perkembangan semasa DUN Perak

(dipetik daripada Malaysiakini.com)

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati secara rasmi pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan terkini di Perak:

4.05pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah magistret menolak permohonan reman pihak polis.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya Normah Alwi dan seorang anak mereka di situ.

4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.

Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.

3.15pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.

Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja.

Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.

Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.

_______________________________________________________________________________

Berikut perkembangan terkini di Perak: daripada Suara Keadilan.com

2.45 Petang - Kekecohan dalam sidang Dewan berterusan selepas sidang bersambung semula sebentar tadi apabila wakil -wakil Pakatan Rakyat dan BN bergelut sesama mereka.

Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan.
Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan.
2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolahk-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.

2.05 Tengahari - Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam setakat ini. Juga hampir sepuluh peguam Pakatan Rakyat sudah berada di balai termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya.

Sementara itu, di hadapan balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan 1Black Malaysia.

No comments: