Tuesday, June 21, 2016

Aktiviti Pejabat Parlimen Telok Kemang

PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK BERSAMA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG DI YAYASAN ANAK YATIM DAERAH PORT DICKSON DAN SEKOLAH TAHFIZ TAMAN SELASIH.

Monday, June 13, 2016

Sumbangan Moreh DUN Sikamat

10 Jun 2016
Surau Al-Falah
Taman Pelangi, Sikamat


Menyampaikan sumbangan moreh kepada Pengerusi Surau Al-Falah Taman Pelangi YB Aminuddin Harun & YB Loke Siew Fook.



PROGRAM SUMBANGAN PELAJARAN PKR CABANG TELOK KEMANG.

dipetik daripada FB Parlimen Telok Kemang
9 Jun 2016
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang

Naib Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang, Dato Muthu Palaniappan telah bermurah hati menyalurkan sumbangan kepada adik Nor Nasyuha bt Hamzah dari Kg Jimah Baru yang mengalami keretakan tulang tangan akibat kemalangan sebanyak RM 1K.

Semoga dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat adik ini untuk terus berjaya dalam pelajaran.


PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN PKR CABANG TELOK KEMANG

Dipetik daripada FB Parlimen Telok Kemang

Sempena Ramadhan tahun ini, bantuan disalurkan oleh kepimpinan Cabang. Naib Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang, Dato Muthu Palaniappan telah bermurah hati menyumbangkan keperluan dapur kepada keluarga asnaf dan miskin dari DUN Lukut dalam kawasan Parlimen Telok Kemang.

Semoga dengan sumbangan bantuan ini akan dapat menceriakan para keluarga asnaf dan meringankan bebanan sepanjang bulan Ramadhan.


Thursday, June 9, 2016

PKR terkejut Johor mohon bantuan air dari Singapura

Petikan dari Malaysiakini

PKR Johor terkejut dengan tindakan kerajaan negeri meminta pertolongan kerajaan Singapura untuk menambah bekalan air terawat sebanyak 6 juta gelen sehari sejak Sabtu lalu.

Sedangkan berdasarkan Perjanjian Air Malaysia-Singapura 1962, kerajaan Malaysia melalui Johor perlu membekalkan 250 juta gelan air mentah sehari ke republik itu setiap hari.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata ia jelas menunjukkan kelemahan sistem pengurusan air Johor dan loji rawatan air yang tidak mencukupi untuk memproses air terawat serta menampung bekalan air penduduk.

"Bukan sahaja rakyat Johor terpaksa membayar tarif air yang paling tinggi di Malaysia iaitu RM1.31 setiap meter padu malah kami juga sering menghadapi isu kekurangan air sehingga sebahagian rakyat di Selatan dan Timur Johor telah mengalami catuan air pada tahun lepas," katanya.

Justeru katanya, PKR memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu dalam jangka masa panjang.

Antaranya bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menubuhkan satu pusat khusus iaitu Pusat Pengurusan Bekalan Air dan Pengawalan Sumber Air dengan segera.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga perlu mencari sumber alternatif seperti air bawah tanah dan memperketatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi mencegah pencerobohan dan pencemaran kawasan tadahan air.

"Kerajaan Johor patut mengaku kelemahan sendiri dalam bidang pengurusan air dan perlu mencontohi negara jiran Singapura, Belanda dan Arab Saudi yang jauh lebih ke depan dan berilmu dalam bidang Pengurusan Air dan Pencarian Sumber Air," katanya yang juga Adun Bukit Batu.

Selasa lalu, kerajaan Johor mengalu-alukan keputusan Singapura menyalurkan bekalan air bersih tambahan sebanyak enam juta gelen sehari selama sebulan kepada negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimanapun bantuan itu tidak akan membuat kerajaan negeri berhenti dan berusaha mencari sumber air baru dan alternatif lain.

Beliau dilapor berkata, kerajaan negeri juga melihat langkah Singapura memberi bantuan itu adalah tindakan baik sebagai jiran kepada Johor.

Aktiviti Wakil Rakyat KEADILAN NS Bulan Mei 2016

SALAM RAMADHAN 1437H DARIPADA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG KEPADA WARGA TELOK KEMANG KHUSUSNYA DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MALAYSIA. SEMOGA IBADAH PUASA DAN SEGALA AMAL DITERIMA ALLAH

30 Mei 2016
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang
Penyampai sumbangan keperluan dapur daripada Pejabat Parlimen Telok Kemang kepada Sdr.Muhammad Nazri Velayutham dan Puan Yogeswari a/p Krishnan.


16 Mei 2016
Bukit Pelandok, DUN Chuah

ADUN Chuah YB Chai Tong Chai membuat tinjauan kerja-kerja pembinaan tembok batu sangkar bagi tebing saliran.

13 Mei 2016
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang

PENYERAHAN SUMBANGAN TV KEPADA SURAU AL-EHSANIAH TAMAN INTAN PERDANA, PORT DICKSON BAGI KEGUNAAN PUSAT SUMBER YANG DISAMPAIKAN OLEH EN.ZULKEFLI DI PEJABAT PARLIMEN TELOK KEMANG.


29 April 2016
Kampung Jimah, Lukut.

Program penyampaian sumbangan kepada keluarga asnaf dari Kg Jimah Baru di DUN Lukut oleh Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang bersama AJK Cabang.

Pihak jawatankuasa Cabang juga telah mendapatkan dana bagi menampung kos barang dan perubatan bagi pembedahan tangan seorang daripadanya.






5 Jun 2016
DUN Sikamat

ADUN Sikamat YB Aminuddin Harun & Ahli Parlimen Rasah, YB Loke Siew Fook melawat dan menyampaikan sumbangan ambang bulan Ramadhan kepada keluarga-keluarga kurang mampu dan pesakit-pesakit tenat di sekitar DUN Sikamat. Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam!




6-7 Jun 2016
Jejak Asnaf DUN Sikamat


4 -5 Jun 2016
4.00 petang 
Program Jejak Asnaf Sempena Bulan Ramadhan Di DUN Sikamat oleh YB Aminuddin Harun bersama AJK Keadilan Cabang Seremban. Lokaliti yg terlibat Rumah Rakyat Sikamat 1 & 2, Taman Perwira, Kg Ujung Pasir dan Taman Desa Kiara.