Thursday, September 19, 2013

Projek IC: Anwar jawab tuduhan Mahathir di RCI hari ini

KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini kononnya beliau tahu dan tidak menghentikan projek IC di Sabah.
Ketua Umum KEADILAN itu menjadi saksi selepas Mahathir memberi keterangan minggu lalu.
Mahathir dalam keterangannya sebelum ini berkata, pegawai kerajaan yang mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing dan beliau menafikan terlibat.
Anwar m
Beliau selepas itu turut mengaitkan Anwar dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu mengetahui apa yang berlaku mengenai projek tersebut.

Hakikatnya, tuduhan tersebut sudah dijawab Anwar sebagaimana dilaporMalaysikini pada 21 Mei 2011.
Anwar dilapor berkata, walaupun beliau ialah TPM, namun ‘Projek IC Mahathir’ adalah rahsia dan hanya diketahui Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) diterajui Mahathir. Mahathir ialah PM sejak 10 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan Menteri KDN dari 7 Mei 1986 hingga 10 Januari 1999.
Anwar juga menegaskan, tiada peranan dalam projek IC dan tidak pernah terlibat dalam kes pendaftaran kewarganegaraan, sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak serta bersedia memberi keterangan bagi membantu RCI mengenal pasti dalangnya.
Beliau hanya dipanggil RCI hari ini walaupun permintaan sudah dibuat pada 15 Ogos 2012 dan 1 Februari lalu. Manakala Mahathir terpaksa dipanggil RCI 11 September lalu selepas beberapa pegawai tertinggi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyebut namanya dalam prosiding itu.
Mahathir adalah saksi ke 205 RCI berbanding 167 nama disenaraikan Datuk Seri Najib Razak.
Mengikut laporan sebelum ini, Anwar menamakan Mahathir, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) dan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin terlibat skandal projek IC.
Megat ialah Setiausaha Politik Mahathir (1 Januari 1975 hingga 1984) dan Timbalan Menteri KDN (1987 hingga 1999). Manakala Aziz ialah Setiausaha Sulit Mahathir (1981 hingga 1999).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55686

No comments: