Tuesday, November 29, 2011
Dari Meja SU MPN
Friday, November 18, 2011
PROGRAM SEMASA
21 November 2011/ISNIN
Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah
8.00 malam
Pengombak Semangat:
Ketua Umum PKR-Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Penerangan PKR NS-Ibrahim Yusof
Ketua AMK NS-Nazree Yunus
SEMINAR ADAT PERPATIH & JAMUAN RAKYAT
21 November 2011/Isnin
Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah
3.00-7.00pm
'HIMPUNAN WARGA PENEROKA & PELANCARAN MANIFESTO PRU'
21 November 2011/Isnin
Felda Palong 6, Jempol
8.30 malam
Cetusan Semangat oleh:
Ketua Umum PKR-Dato' Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Setiausaha Agung PKR-T.Kumar
Pengerusi PKR NS-YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Naib Ketua PKR Jempol-Rebin Birham
SEMUA DIJEMPUT HADIR
KEADILAN kesal ibu bapa dipaksa ke pejabat Umno kutip RM100
PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan sekumpulan murid dari kawasan Parlimen Ampang dipaksa ke pejabat Umno untuk menerima bantuan persekolahan RM100
“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” katanya.
Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku walaupun KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan mensyaratkan pentadbir sekolah menjemput pemimpin BN setempat untuk penyampaian bantuan RM100 itu.
Zuraida berkata, sumbangan itu sepatutnya disalur terus kepada sekolah, sebaliknya ia disampaikan Ketua Bahagian Umno Ampang, Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang, Jalan Bukit Belacan.
Menyifatkan perbuatan sebagai petanda Umno terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi, beliau mendapat maklumat murid-murid itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang.
“Umno terdesak dan hilang punca. Mereka cuba untuk tunjuk baik tetapi nampaknya strategi itu memakan diri,” katanya.
Projek lembu: PKR tuntut k'jaan dedah kertas kabinet
Rafizi berkata, perkara itu perlu dijelaskan untuk memastikan sejauh mana penglibatan Shahrizat dalam proses menganugerahkan projek berkenaan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diketuai sumai menteri berkenaan, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail.
"Dalam kes ini ada terlalu banyak proses buat keputusan di peringkat kabinet, di peringkat kementerian pertanian.
"Keputusan dibuat antara tahun 2006 hingga 2008 termasuk juga pinjaman RM250 juta, semua ini melibatkan kertas kabinet.
"Jadi soalan kami, berapa luaskan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan itu?," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Katanya lagi, langkah kerajaan untuk mendedahkan kertas berkenaan merupakan satu permulaan baik, apatah lagi apabila Mohamad Salleh sendiri, selaku pengerusi eksekutif NFC, mengakui bahawa pinjaman berkenaan diluluskan tanpa sebarang jadual pinjaman.
Satu unsur rasuah
Rafizi berkata demikian ketika mengulas penjelasan yang diberikan Mohamad Salleh berhubung jumlah kerugian yang ditanggung syarikat berkenaan sebelum ini, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Dalam penjelasannya, Mohamad Salleh berkata, dakwaan bahawa kerajaan melupuskan pinjaman berkenaan kerana kerugian yang dialami NFC merupakan "rumusan tidak matang."
Sebaliknya, Mohamad Salleh berkata perjanjian pinjaman berkenaan tidak menyatakan jadual pembayaran balik, dan syarikat itu pula masih dibenarkan membuat bayaran balik dalam tempoh tertentu.
Maka, NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman berkenaan, kata Mohamad Salleh lagi seperti dilaporkan.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata pengakuan Mohamad Salleh bahawa pinjaman kepada NFC itu dibuat tanpa jadual bayaran balik juga merupakan satu unsur rasuah dan perlu disiasat kerajaan.
Tambahnya, siasatan juga perlu dilakukan ke atas pengakuan Mohamad Salleh bahawa syarikat itu diberikan projek berkenaan walau tidak mempunyai pengalaman untuk menjalankan projek berimpak tinggi itu, seperti dilaporkan akhbar New Straits Times hari ini.
"Kalau proses telus digunakan, syarikat ini tidak dapat projek ini. Dia tidak layak dan tidak ada pengalaman," kata Rafizi lagi.
Tambahnya, PKR juga akan membuat laporan kepada SPRM, susulan kepada laporan yang dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah oleh satu lagi syarikat milik keluarga menteri berkenaan.
Wednesday, November 16, 2011
GESA SPRM SIASAT PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN
Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu
Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.
1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.
3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.
Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.
49 peneroka tuntut RM7.35 juta dari Felda
dipetik dari FMT
Peneroka tersebut menuntut hak mereka iaitu bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000.00 seorang atau keseluruhannya
RM7,350,000.00 untuk 49 peneroka terbabit.
Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.
Menurut peguam T Kumar yang mewakili peneroka terbabit, pihak Defendan Pertama (Felda) tidak pernah menyatakan perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang peneroka.
“Plaintiff (peneroka) menuntut penyata hasil dari Defendan Pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintiff sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan setiap suku tahun.
“Lebihan hasil/tan adalah hasil yang diperolehi selepas ditolak kos pengurusan sebanyak RM900.00 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500.00 sebulan.
“Maka selepas ditolak hutang peneroka (kos pengurusan dan wang sara hidup), Felda seharusnya membayar RM150,000.00 kepada setiap peneroka. Malangnya sehingga hari ini Felda gagal membuat bayaran tersebut”, kata Kumar.
Seorang lagi peguam Abdul Nasir Abdul Aziz pula menjelaskan penyata kewangan yang diterima oleh peneroka hanya menunjukkan jumlah pinjaman termasuk kos pengurusan dan wang sara hidup tetapi sebaliknya berapa banyak jumlah hasil yang dikeluarkan oleh peneroka tiada langsung di dalam penyata tersebut.
“Penyata kewangan yang dibekalkan kepada peneroka tidak merekodkan berapa banyak hasil jualan peneroka dan berapa banyak wang dari hasil jualan kelapa sawit itu telah dibayar semula kepada Felda untuk pembayaran hutang.
“Bayangkan anda mengambil pinjaman kereta atau rumah. Apabila anda menerima penyata kewangan daripada pihak bank, tiada rekod berapa banyak ansuran atau jumlah wang yang anda telah bayar semula kepada pihak Bank. Yang ada hanya jumlah pinjaman anda dari bank.
“Adakah ini betul? Sememangnya ini tidak betul kerana Felda menyembunyikan hasil sebenar yang diperolehi oleh peneroka”, jelas Abdul Nasir.
300 Orang Asli bantah depan SUK NS
dipetik dari FMT
SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.
Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.
Jurucakap ‘Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan’ (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.
“Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.
“Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.
Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia”, kata Ezuli.
Tanah adat
Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.
“Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.
“Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.
“Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.
“Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu,” jelas Ezuli.
Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.
Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal.
Orang Asli 68 kampung berdemo tuntut MB NS mohon maaf
Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif".
"Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu.
Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.
Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.
Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan.
Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap.
"Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu."
Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang.
Beberapa slogan - seperti "Jangan ganggu kami", Jangan menghina asal usul nenek moyang kami dengan perkataan setinggan" dan "Di mana nenek moyang kami dikuburkan, di situ wilayah tanah adat kami" - kelihatan dipamerkan.
Sementara itu, ketika menerima memorandum tersebut Mohd Hasan berkata kepada Langkap bahawa beliau akan membaca kandungannya terlebih dahulu.
Friday, November 11, 2011
NFC milik keluarga Shahrizat beli kondominium mewah RM9.8 juta
KUALA LUMPUR 10 Nov : KEADILAN mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.
“Ini sebagai bayaran penuh pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar,”
“Bayaran untuk pembelian kondominium RM9.8 juta direkodkan sebagai ‘hutang’ National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC pada 31 Disember 2009,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Pada sidang media itu, Saifuddin turut menunjukkan gambar kondominum berkenaan.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, bayaran untuk membeli kondominium oleh syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat menggunakan dana NFC.
“Ini adalah perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC. Ini penyalahgunaan dana rakyat dan soal duit rakyat yang disalahgunakan,” tegasnya.
KEADILAN turut membidas kenyataan Shahrizat semalam mengatakan kononnya isu projek NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi wanita BN.
“Dia (Shahrizat) tak perlu heret kita (KEADILAN) untuk kata kita serang dia sebagai ketua wanita Umno, tapi kita serang dia sebagai menteri yang secara terang-terangan membuat penyelewengan,” kata Saifuddin.
Semalam Saifuddin mempersoalkan sasaran lembu dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang dikurangkan, tetapi dana yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada NFC kekal.
KEADILAN juga mempersoalkan mengapa pinjaman mudah itu tidak disemak semula oleh kerajaan kerana jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya hanya berjumlah RM75,000.
Skandal NFC: KEADILAN ada bukti, boleh saman bila-bila masa– Rafizi
KUALA LUMPUR 10 Nov: KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.
“Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,”
“Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.
Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.
Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.
Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.
“Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya,” kata beliau.
Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.
“Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan,” katanya.
Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.
Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.
“Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas.”
“Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?,” Soalnya.
“Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu,” katanya.
Friday, November 4, 2011
Pendaftaran Pakatan, ROS kena bagi penjelasan- Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti.
“ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS,” kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi.
Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik.
“Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan).
“Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS,” katanya.
Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan.
“Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,”ujarnya
Lengah pendaftaran PR, ROS jangan main politik
KUALA LUMPUR 4 NOV: Pendaftar Pertubuhan (ROS) diingatkan supaya tidak bermain politik apabila melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Ini kerana katanya, permohonan itu sudah dibuat sejak dua tahun lalu namun sehingga kini tiada keputusan daripada ROS.
“Kami mengingatkan ROS agar tidak bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat.
“Sebagai sebuah agensi yang mengurus pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan telus, jujur dan adil tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menafikan kenyataan Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman yang mendakwa tiada permohonan baru daripada Pakatan untuk mendaftarkan gabungan itu.
Permohonan itu sebelum ini diuruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat, sebelum beliau berpaling tadah meninggalkan KEADILAN.
Bagaimanapun jawatan itu kemudian diterajui Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar sejak Mac tahun ini.
Sejak itu sehingga Oktober, sekretariat itu mengadakan pertemuan antara tiga hingga empat minggu dengan pihak ROS.
Malah, sekretariat itu telah menghantar segala dokumen yang diperlukan termasuk enam salinan meliputi surat permohonan, undang-undang tubuh, logo dan bayaran sebanyak RM30.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Agong Sekretariat menyifatkan tindakan ros itu berat sebelah.
“Semasa Zaid mohon pendaftaran Pakatan dan masih ahli KEADILAN, Ros enggan lulus tetapi Ros luluskan pula pendaftaran parti KITA pimpinan Zaid dalam masa dua minggu sahaja, ternyata keputusan Ros terhadap permohonan kami bersifat politik, berat sebelah dan berkepentingan,” katanya.
ADUN Pakatan dilarang lawat projek lembu Feedlot
Thursday, November 3, 2011
Program AMK Negeri Sembilan
Wednesday, November 2, 2011
PKR mahu Shahrizat perjelas projek fidlot
PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kaitan berkenaan boleh dilihat melalui profail syarikat restoran berkenaan.
Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.
"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.
Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam.
Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.
Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Walhal, Noh dalam jawapannya semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.
"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi.
Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.
Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science.
"Menteri jawab tiada konflik kepentingan kerana ada enam syarikat terbabit. Tetapi ada perbezaan besar antara tender terbuka dengan enam piohak membuat pembentangan kepada kerajaan.
"Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik.
"Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi.
Tuesday, November 1, 2011
PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k
Imbasan Peristiwa: Penternak Lembu di Jempol Saman Kerajaan
Breeders sue over FMD-infected cows
SEREMBAN: Two cows that were given to three breeders by the Veterinary Department were infected with Foot and Mouth Disease and almost wiped out their whole herd.
Now, the three cow breeders from Bahau are suing the Malaysian government, the Negeri Sembilan
Veterinary Department and four others for sum of almost RM1 million.
K Tamilselvan, C Krishnan and M Nganersegaran are suing the defendants for alleged carelessness and failure to make sure that the cows given to them under the “Ternakan Bekalan Trust 2010” scheme was free from the Foot and Mouth Disease (FMD).
Their lawyer T Kumar said that on Dec 16, 2010, the three were asked to collect two cows from the Gemencheh Milk Industry Service Centre.
“On Dec 22, the breeders found that the cows showed symptoms of FMD like watery (saliva) mouth, mouth ulcer, mouth bleeding and wound in the foot. Because of this, the cows did not have an appetite.
“On Dec 27, the cows were confirmed as having FMD by the Jempol Veterinary Department. FMD is a contagious disease and the rest of the cows belonging to the three breeders were infected with FMD as well.
“Most of the cows died and the breeders suffered heavy losses,” Kumar said.
Kumar, who is also the PKR deputy secretary general, said the cow breeders are suing the eight defendants for RM842, 000 for 147 cows that died due to FMD.
They are also seeking RM88,000 as compensation as their cow milk production was badly affected due to the FMD disease and another RM21, 000 for the cows’ medical cost.
Tamilselvan said that they resorted to bring the case to court as this was the final option they had to get a proper justice and compensation.
“The Veterinary Department should make sure the cows are free from FMD before they gave us the cows.
“Furthermore this is our only job. Our main income is by selling the cows’ milks. We are not part time cow breeders,” said Tamilselvan
Laporan di Malaysiakini.com video di bawah;
{http://www.youtube.com/watch?v=D16O20uDEOg&feature=player_embedded}