Monday, July 18, 2011

Dari Meja SU MPN

Salam perjuangan kepada semua anggota PKR dan penyokong perjuangan PR,

Agak lama meninggalkan ruangan ini akibat kesibukan beberapa urusan pentadbiran dan persediaan pilihanraya.

PKR Negeri Sembilan pada 19 Julai 2011 / Selasa ini akan mengadakan satu majlis makan malam iaitu 'Keadilan Gala Nite-Fundrising Dinner', suatu majlis gilang-gemilang yang akan dihadiri oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail termasuk beberapa pimpinan utama parti.

Majlis tersebut akan berlangsung di City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban.

PKR Negeri Sembilan telah mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang diura-ura bakal berlaku dalam hujung tahun ini. Walaupun masih belum dapat kepastian mutlak, PKR Negeri Sembilan tetap komited bersama rakan-rakan komponen PR Negeri Sembilan mengukuhkan kerjasama dan persefahaman bersama demi mencapai matlamat menawan Negeri Sembilan pada PRU-13 nanti.

5 comments:

haziq said...

ai, kenapa tak war2 kan, jamuan ini untuk orang kaya saja ke.

haziq said...

To Saba,
orang pahang pegi buat keje kat Pahang, jangan Ganggu Negeri, kita boleh urus takbir sendiri.

haziq said...

Salam,
PKR NS boleh mempersiapkan apa juga strateji untuk PRU akan datang tetapi ada satu tempat pasti kita akan hilang kerusinya di sebabkan kesombongan individu tersebut.
Pimpinan tertinggi NS tidak mesra dengan ahli ahli biasa. Kesombongan begitu ketara. AJKnya pun tangkap muat aje. Saudara Nordin,Saudara Harithasis,Aishah dan Ibrahim . Kesemuanya tiada tokoh dan bukan mesra manusia.PKR ADA potensi tinggi kekal kerusi di Sikamat,ampangan,Chuah (atas faktor pengundi Cina),PD .Akan pasti hilang kerusi telok kemang.Tetapi kita ada harapan untuk menang di Rembau. Lain lain kawasan percayalah kita tiada harapan.Untuk mengubah hanya satu cara iaitu pimpinana tertinggi jangan sombong dan juga jadi bodoh sombong. Turun ke bawah dan jumpa ahli ahli.Kalau ada perselisihan selesaikan .Jangan duduk diam aje. Ingat semua ajk di NS adalah kaki kipas ketuanya yang sombong dan takde langsung sifat pemimpin.
Demi Rakyat AJK PKR NS kena ubah sikap atau letak jawatan saja, ramai lagi yang boleh memimpin.

Wasaalam

PKR Negeri Sembilan said...

terima kasih pandangan sinikal saudara Haziq tu..

Jika saudara seorang yg berjiwa besar, tampil secara hadapan n berani meluahkan pandangan sendainya saudara punya keyakinan keberanian menyatakannya.

Jika saudara berjiwa kecil, maka ruangan kecil ini juga saudara akan terus menaburkan pandangan sinikal yg tidak memberi impak positif.

Beri pandangan secara strategik bukan melebong seperti blogger2 umno yg tidak pandai dgn fakta tepat n sahih...usah seperti orang kehilangan kuasa membebel tak tentu arah.

Terima kasih.

haziq said...

terima kasih tuan , Anda memang bijak berkata kata