Wednesday, September 30, 2009

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang


Hamdan MS & Nazri Abdullah
Tue | Sep 29, 09 | 10:50:36 pm MYT
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan majlis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang pengurus profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Zulkefly sendiri, Yang Dipertua PAS Teluk Kemang yang juga calon sebelum ini, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN


JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN


PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

Tuesday, September 29, 2009

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Waran Tangkap Tamat Tempoh: Penahanan Gobalakrishnan Dipertikai

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan ditahan polis pagi tadi sebaik sahaja beliau keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk sebutan kes beliau menghalang polis menjalankan tugas pada hari penamaan calon DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu.

Difahamkan Gobala dibawa ke Balai Polis Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cameron Highland. Polis belum memberi sebarang penjelasan kenapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu ditahan.

TvAntara telah menghubungi isteri ahli parlimen tersebut, puan Vasanthi Ramalingam. Beliau mempersoalkan waran tangkap tamat tempoh yang digunakan untuk menahan suaminya.

"Setelah dia keluar dari mahkamah, wartawan ambil kenyataan dari beliau.Tiba- tiba ada seorang datang dan keluarkan waran tangkap. Waran tangkap itu salinan sahaja dan bukan yang asal. Waran itu bertarikh Ogos lepas dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Gobala pada asalnya tidak mahu ikut sebab ragu- ragu dengan waran itu. Tapi polis kata ini adalah arahan. Dia dibawa ke Balai Polis Seberang Prai dan kemudiannya ditukarkan ke Balai Polis Cameron Highland," kata Vasanthi.

Vasanti berkata pihaknya hanya dimaklumkan penahanan ahli parlimen ini atas kes terdahulu di Mahkamah Majistret Tapah, pada tahun 2004 lalu.

"Saya tidak tahu kes itu . Saya tidak dimaklumkan. Kami hanya diberitahu kes Mahkamah Majistret Tapah, tahun 2004 lalu," tambah beliau.

Vasanti bersetuju apabila ditanya adakah penahanan Gobala berhubung kait dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan hadapan. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober dan hari mengundi pada 11 Oktober ini.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi berdaftar dengan 2,834 orang merangkumi pengundi kaum India.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional .

"Saya rasa besar kemungkinan dia dihalang daripada pergi berkempen di Bagan Pinang. Itu yang saya percaya," ujarnya lagi.

Gobala sebelum ini dikasari oleh polis sewaktu penamaan calon Permatang Pasir. Beliau mendakwa polis memijak bahu dan belakang badan sebelum seluarnya dilondehkan dan tangannya digari.

Polis pula mendakwa Gobala menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas dan sebutan kes atas pertuduhn itu di tetapkan hari ini di mahkamah.

Diwakili peguamnya, J.M Marty, Gobala dalam permohonannya meminta agar seluar dan tali pinggang yang dirampas oleh pihak polis semasa kejadian dipulangkan semula untuk digunakan sebagai barangan bukti pada hari perbicaraan nanti.

Menurut Marty lagi, Gobalakrishnan akan diwakili oleh sepasukan lapan orang peguam yang diketuai ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

Majistret, Mohd Azhar Hamzah menetapkan tarikh 28 Oktober depan sebagai tarikh sebut semula kes ini.

Monday, September 28, 2009

PR desak kerajaan laksana polisi gaji minima RM900.00

TELOK KEMANG, 28 Sept:

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji), tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, disini. Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERIT, tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) iaitu Sime Darby tidak pernah ambil peduli.

Turuty hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu. Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi. Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.

ADUN Port Dickson Bandar, M. Ravi (PKR) menegaskan bahawa gaji pekerja estet di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan. Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno dan BN gaji maksimum RM900 sebulan. sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku.

ADUN Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara dari rumah ke rumah kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja. Kita perlu tahu, buruh-buruh kerja perih (dan) tidak ada masa untuk akses internet dan sebagainya. Mereka hanya lihat berita berat sebelah dalam tv1, tv2, tv3 sahaja.

ADUN Lukut Ean Yong Tinsin (DAP) yang ditemui kemudian mahu isu gaji minima ini menjadi isu teras PR, walaupun ianya membabitkan minoriti rakyat India. Saya puas hati, bila Pakatan serius nak perjuangkan isu ini. Ini isu minoriti penduduk estet, tapi semua (pemimpin) kita boleh turun bersama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Kontijen PAS Selangor Cikgu Jaafar Samsudin bersama lebih seribu jentera dan ahli Kelab Penyokong PAS sedia diturunkan bergilir-gilir; demi menjelaskan isu tersebut.

Dalam sidang Parlimen lepas, PR mendesak kerajaan mensyaratkan gaji minima buruh sebanyak RM800 sebulan, tetapi Menteri berwajib menegaskan ianya suatu yang mustahil. Tetapi, Kabinet baru-baru ini mengumumkan gaji minima untuk warga asing sebanyak RM800 sebulan.

Taarif pendapatan isi rumah di bawah paras keminkinan era 1970an adalah RM450. Taarif pendapatan isu rumah di bawah paras kemiskinan sekarang adalah RM900. Hanya kerajaan PR Selangor mendefinisikan pendapatan di bawah RM1500 sebagai rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan negeri. Perjuangan isu gaji minima RM900 yang diperjuangkan oleh rakyat di sini dipercayai akan mencalarkan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Thursday, September 17, 2009

What the Cabinet hid from the Malaysian public :Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar

Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 17, 09 | 9:14:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan._mna_

SHAHRIZAT BERDOLAK DALIK MALAPETAKA KAUM PENAN

Jelas berpandukan laporan Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes wanita dan gadis Penan dirogol telah tidak mengkhususkan peranan dan tindakan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan langkah-langkah bagi menjamin keselamatan wanita kaum Penan.

Wanita KEADILAN berasa amat hairan bagaimana seorang Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan wanita telah membisu dan beraksi tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan wanita kaum Penan yang sentiasa menghadapi risiko dicabuli kehormatan mereka oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan; yang sanggup merogol anak-anak semuda 10 tahun, dan ada yang dirogol berulangkali. Sebaliknya beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan kelekehan polis dan kepolisian PDRM Sarawak dalam memastikan perogolan wanita kaum Penan tidak berulang lagi sewenang-wenangnya dan dengan begitu mudah sekali.

Yang lebih menghairankan ialah kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, yang mendakwa bahawa beliau ragu kes rogol ke atas wanita Penan benar-benar berlaku dan kumpulan NGO telah mempengaruhi wanita-wanita Penan untuk mereka-reka cerita rogol berkenaan. Kes rogol yang dirujuk oleh Alfred Jabu adalah yang telah disahkan berlaku oleh Jawatankuasa Khas, yang diketuai oleh Shahrizat Abd Jalil, yang menyiasat kes rogol tersebut. Laporannya telah dihebahkan kepada dunia oleh Wanita KEADILAN sejurus setelah mendapatinya.

Kerajaan BN di Sarawak tidak langsung mewujudkan rasa selamat dan aman di hati rakyat Sarawak, khususnya kaum Penan. Kerajaan BN Sarawak tidak dapat menjamin dan memelihara keselamatan fizikal, mental, emosi dan jiwa rakyat Sarawak. Kerajaan BN Sarawak dilihat sentiasa menjamin keselamatan dan kesejahteraan taukeh-taukeh kaya seperti syarikat pembalakan yang mempunyai pekerja yang merogol anak gadis dan wanita Penan sesuka hati mereka. Syarikat-syarikat balak ini dengan mudah menepis isu rogol terhadap wanita Penan sebagai bukan permasalahan mereka dan mereka tidak patut dipersalahkan. Ketandusan sifat kemanusiaan, apalagi untuk menganggap anak-anak gadis kaum Penan sebagai insan seperti juga anak-anak kandung taukeh balak itu sendiri, yang perlu dilindungi sebaik mungkin, tidak menapak di hati dan sanubari mereka yang hanya rakus mengaut keuntungan hasil pembalakan.

Kerajaan Sarawak pimpinan BN telah melahirkan para ahli perniagaan besar, dan Timbalan Menteri yang kekontangan nilai dan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang ditindas dan di cabuli kehormatan mereka.

Persekongkolan Sharizat Abdul Jalil dengan kedua mereka itu merupakan suatu malapetaka bagi rakyat jelata, khususnya kaum Penan di Sarawak.


HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN

NALLAKARUPPAN AND HIS ONE MAN SHOW MIUP - ONLY A PROPAGANDA STOOGE AND PAWN OF BN

The President of the Malaysian Indian United Party, an insignificant and extremely small party with unknown membership strength, Nallakaruppan was reported to have stated as published in the Tamil Nesan on 14th September 2009 that Dato' Seri Anwar Ibrahim is seemingly misleading and hoodwinking the Malaysian Indians into thinking that he his helping the Indian Community. He has also mentioned that Dato' Seri Anwar Ibrahim is playing a 'Ghandhi' role to win the support, and he goes on to say Dato' Seri Anwar is not even worth the dust of Ghandhi’s feet.

As the former Vice President of MIUP, I, Mr. PO. Krishnasamy, who after fully realizing the self-centered nature of Nallakaruppan, who mislead many Keadilan leaders after he was not given a chance to contest in the Ijok by-election in 2007 decided to desert him and his party. Frustrated and greedy for power and position, Nalla became a tool of the ruling Barisan National led by UMNO.

I decided to join MIUP based on what Nalla told me while I was holding the position of Klang Keadilan Division Chief and Deputy Selangor Keadilan Chief for eight years. This was also what he told to Mr. Maniselvam who was the former Wilayah Deputy Keadilan Chief. At that time Nalla told me that Dato' Seri Anwar Ibrahim will become the Deputy Prime Minister in the BN Coalition and he wanted an approved Indian political party to represent the Indians, since MIC was rejected by most of Indians. I believed his lies and joined MIUP thinking that this party will back Dato' Seri Anwar Ibrahim whom I have great faith and respect as a righteous national leader. Later I found out that this was a well planned scheme and plot to attract me into MIUP and further break the unity of the Indians.

My experience with self proclaimed leader Nallakaruppan showed that he had no principles or ideals whatsoever as a leader, of no caliber and the required knowledge and experience to lead the Malaysian Indians. He did not even provide the MIUP Constitution during the launch of the party and until today he has not done so. We believe he might have made himself the President-for-life of the Party.

I, through this press statement would like to challenge Nallakaruppan to a debate on the baseless and unverified issues raised against Dato' Seri Anwar Ibrahim, and also on what the MIUP has done so far for the Indians, their short and long term agenda, and programmes for the development of the Malaysian Indians. So far what we have seen him as being a stooge of BN to personally attack Dato' Seri Anwar Ibrahim. We challenge Nallakaruppan to release whatever information on cassettes he has on Dato' Seri Anwar Ibrahim immediately and not wait for the legal proceedings.

We know for sure that Dato' Seri Anwar Ibrahim is the only leader who can bring all the races together including the Malaysian Indians into one united Malaysian civil society. Dato' Seri Anwar Ibrahim is a leader par excellence and respected by the world community for his great struggle against injustice and oppression of people by irresponsible leaders. For the average Malaysian, Dato' Seri Anwar is the hope and future for a just and united Malaysia. Him, and only him can win the respect of all the races, and bring Malaysia into the forefront of multiethnic democracy and unity. For Malaysians, especially of Indian origin, Dato' Seri Anwar is our hero, who will bring justice and fairness to all Malaysians irrespective of race and creed. This is the type of leader we want, not traitors like Nallakaruppan who betrayed him despite his support by bringing him back into politics. Nalla claims that Dato' Seri Najib is helping the Indians. If he is helping, we want to ask Nalla, what happened to the promises made during garnering membership and the 12th General Election, that land will be acquired to build a Tamil Secondary School?

All these goes to prove that Nalla is nothing but a BN pawn for his selfish motives. Where was Nalla when the cowhead issue was humiliating the Indians?

We urge Nalla to come to his senses and to not insult the intelligence of Indians by stating that he can help the Indians to a better life. We want his mosquito party, which has not even organized its Annual General Meeting last year, and without proper division leaders, to stop giving false information and misleading the Indians. MIUP is only a publicity stunt and a propaganda party for BN. MIUP will never help the Indians because it has no support whatsoever from Malaysian Indians.

The Indians must support Pakatan Rakyat under the dynamic leadership of Dato' Seri Anwar Ibrahim if they want their rights to be recognized and their status improved, instead of being marginalized like what BN has done in the past fifty two years.



P.O. KRISHNASAMY
Member of the KEADILAN International Affairs Bureau &
KEADILAN Welfare Bureau

Wednesday, September 16, 2009

Shahrudin bukan lagi bersama PKR

Shahrudin Abdul Hamid, yang mahu bertanding menentang PAS dan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober ini bukan lagi ahli PKR, kata setiausaha cabang Teluk Kemang.

"Beliau (Shahrudin) telah berhenti menjadi ahli PKR. Dia mahu bertanding atas tiket bebas, itu pilihan dia. Ia (keputusan itu) tidak ada kaitan dengan PKR Teluk Kemang," kata Rusli Abdullah.

Beliau diminta mengulas tindakan Shahrudin yang menawarkan diri bertanding di kerusi DUN tersebut, yang bermula 3 Oktober ini, yang mungkin menyebabkan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru.

Shahrudin, bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendakwa dirinya masih lagi ahli jawatankuasa PKR ranting Kota Lukut.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Rusli berkata, Shahrudin telah berhenti daripada menjadi ahli parti lebih dari enam bulan.

Tambahnya, PKR juga tidak mempunyai ranting di kawasan yang disebutkan semalam.

"Mungkin masih dalam penajaan. Tetapi kita tidak pernah luluskan mana-mana ranting di Kota Lukut. Dulu permohonan keahlian Shahrudin pun dibuat terus kepada cabang," kata Rusli.

Menurut jurutera itu lagi, penyertaan Shahrudin mungkin didorong motif "pihak lain".

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Ditanya sama ada Shahrudin mampu memecahkan undi penyokong PAS di kerusi tersebut, Rusli berkata:

"Kita lihat dia tidak ada kekuatan. Dia berseorangan."

Beliau juga yakin tindakan Shahrudin tidak akan menjejaskan persefahaman PKR dan PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu Shahrudin, ketika dihubungi Malaysiakini, menafikan telah keluar parti lebih setengah tahun lalu.

Semalam, tambahnya, beliau dihubungi Kamarul – yang juga pengerusi majlis pimpinan PKR Negeri Sembilan – melalui SMS memintanya membatalkan hasrat menjadi calon atau bakal menghadapi tindakan disiplin.

"Saya kata, terserahlah (kepada parti)," jelas Shahrudin, mengulas desakan bekas majikannya itu.

"Kalau itu kehendak mereka, terserahlah. Saya dari awal lagi sudah cakap hendak gunakan logo PKR (untuk bertanding), tetapi tidak diizinkan," kata bapa kepada lima anak itu.

Mengulas dakwaan tidak terdapat cawangan PKR di Kota Lukut, Shahrudin mengakui ranting itu masih di peringkat penajaan.

Bagaimanapun, tambahnya, ranting itu mempunyai wakil dalam mesyuarat cabang serta terlibat menganjurkan beberapa program parti di kawasan setempat.

Tuesday, September 15, 2009

Rakyat akan tolak parti bodoh sombong - Dr M

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Sep 15, 09 | 9:51:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".

Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.

Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

Dalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".

Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti.

"Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.

Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.

Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

"Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

"Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.

Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya.

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.

Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno". _

Tiga nama tokoh PAS di Bagan Pinang

Bekas yang dipertua PAS Teluk Kemang, Dr Rosli Yaakob tidak termasuk dalam senarai pendek calon PAS yang akan bertanding di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 11 Oktober ini.

Sebaliknya tiga nama yang dimajukan kepada kepimpinan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa parti itu hujung minggu lalu merupakan pemimpin-pemimpin tempatan yang dapat dijangkakan dan disebut-sebut sebelumnya.

Mereka adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua PAS kawasan Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir, satu sumber parti itu memberitahu Malaysiakini.

Pemilihan calon yang sesuai akan dibuat dalam satu lagi mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi, kata sumber lagi.

Pada Ahad lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil DUN tersebut.

Katanya ketiga-tiga orang calon tersebut adalah pemimpin yang berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 11 Oktober sebagai tarikh pembuangan undi.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata jawatankuasa pusat PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi memuktamadkan calon parti itu.

"Ia akan diadakan dalam masa terdekat," katanya, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya PAS bagi DUN tersebut sewaktu ditemui di hadapan Kedutaan Indonesia semalam.

Kerusi negeri itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Azman Mohamad Noor, 54 akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum lalu, bekas naib ketua bahagian Umno Teluk Kemang, menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli, antara tiga nama yang disenaraikan PAS untuk dipilih semula, yang memperolehi 4,097 undi.

Tuduhan Lompat Parti Satu Konspirasi Jahat – Amirudin Shari


Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.

Monday, September 14, 2009

Samy Vellu bidas Perdana Menteri

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Sep 14, 09 | 9:40:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Selepas menyatakan orang-orang India meluat dengan Barisan Nasional (BN), semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu membidas Perdana Menteri pula.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau yang dilihat menjawab balik apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung MIC kelmarin.

Dalam ucapannya semalam, Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

"Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat."

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN," katanya.

Ucapan Najib itu dilihat sebagai pemerhati sebagai tanda sokongan kepada seteru Samy Vellu, Datuk S Subramaniam yang mencabar calon yang disokong Presiden MIC itu, Datuk G Palanivel dalam perebutan tiga penjuru sebagai Timbalan Presiden MIC.

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri itu tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan pula berkata: "Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya".

Kekalahan Subramaniam itu juga dilihat oleh pemerhati sebabagai kekalahan Najib yang disifatkan memberikan mesej yang jelas supaya dilakukan perubahan dalam MIC dan juga kekalahan Umno yang dilihat cuba mempengaruhi pemilihan dalam parti itu.

Pada hari pemilihan parti itu diadakan, Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar Umno menyiarkan laporan muka depan yang bertajuk "Samy perlu berundur".

Akhbar itu menyifatkan tindakan berterusan Samy Vellu mahu mengekalkan penguasaan di dalam MIC bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada parti itu tetapi turut menjejaskan kredibiliti BN.

30 Ogos lalu, Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Sampai bila Samy..."

Samy Vellu, yang sebelum itu menyifatkan Utusan sebagai akhbar perkauman dan berlagak "big brother," menjawab balik apabila menyatakan orang-orang India meluat kepada BN.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat meluat dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan meluat dengan saya. Mereka meluat dengan BN" kata beliau.

Sebelum itu, Samy Vellu bertikam lidah dengan dengan bekas bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan beliau menyokong Subramaniam.

"Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir suka juga mencampur tangan dalam hal-ehwal MIC," katanya.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau menuduh Dr Mahathir sebagai pakar "memusnahkan timbalannya".

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai sebelum itu, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Pandangan bekas Perdana Menteri itu turut dikecam oleh perwakilan perhimpunan agung MIC itu hari ini.

"Tak perlu nasihat" kata seorang seorang perwakilan dari Negeri Sembilan dan seorang lagi berkata: "Tolong jaga urusan sendiri. Kami tahu apa yang kami lakukan".

Walaupun diasak bertubi-tubi dari pelbagai penjuru, calon-calon yang disokong Samy Vellu menyapu bersih semua jawatan tertinggi yang ditandingi pada pemilihan parti itu semalam.

Selain Palanivel yang mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden, tiga calon Naib Presiden yang disokong Presiden MIC itu menang besar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan muncul sebagai pemenang dalam perebutan sebagai Naib presiden.

Subramaniam memperolehi undi tertinggi iaitu 1,260, Devamany (1,122) manakala Saravanan (1,030) berbanding lima lagi calon yang bertanding jawatan Naib Presiden iaitu P. Subramaniam memperolehi 220 undi, Datuk V.K.K. Teagarajan (215), Datuk S. Balakrishnan (271), dan Ketua MIC Bahagian Jelebu, P. Mariayee (61).

Palanivel bagaimanapun tidak disifatkan menang bergaya apabila hanya memperolehi 629 undi berbanding Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).

Ketika ditanya mengenai kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, Subramaniam mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil._mna_

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).


"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA

Friday, September 11, 2009

Mahkamah benar cabar pembubaran Balkis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan isteri menteri besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dan sembilan lagi untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamd Ariff Md Yusof bersetuju bahawa semua pemohon mempunyai locus standi untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung permohonan untuk mencabar keputusan ROS membubarkan Balkis.

"Mahkamah memutuskan bahawa Salbiah dan pemohon lain mempunyai locus standi untuk mencabar dan memohon semakan kehakiman," katanya.

Permohonan itu difailkan kerajaan Selangor, Salbiah (yang dipertua Balkis), Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor dan lima lagi pihak untuk mengetepikan keputusan ROS.

Yang lainnya ialah Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad serta PKNS Engineering and Construction Bhd.

Mereka menamakan ROS sebagai responden, memohon pengisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah dan perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Mohd Ariff berkata pemohon mempunyai hak kerana mereka menyumbang wang kepada Balkis, di samping ia juga mempunyai kepentingan awam.

Ekoran keputusan tersebut, Mohd Ariff juga turut mendengar hujah permohonan penangguhan pelaksanaan, oleh peguam Derek Fernandez yang mewakili Salbiah dan badan-badan dari Selangor, manakala peguam persekutuan, Maisarah Jauhari mewakili ROS.

Beliau kemudiannya menetapkan Rabu ini (16 September) untuk memutuskan terhadap permohonan untuk mendapatkan penangguhan, sementara menunggu semu permohonan selesai didengar.

PKR Setuju Pas Tanding Bagan Pinang


Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat dilihat semakin utuh apabila Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan secara sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Ibrahim Yusof (gambar) berkata pendirian berkenaan dibuat setelah Majlis Pimpinan berkenaan mengadakan satu mesyuarat khas bersama lapan cabangnya.

“Pendirian jelas mengikut status quo yang lama pada PRU Mac 2008. Kita berpegang pada pembahagian kerusi dan kebetulan ia adalah kerusi Pas maka kita bersetuju Pas bertanding di situ.

“Di peringkat perhubungan negeri kita secara konsisten bersetuju calon Pakatan Rakyat daripada Pas. Perbincangan dibuat di semua lapan cabang dan memuutuskan secara sebulat suara,” katanya.

Menurutnya keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan PKR pusat bagi membolehkan kepimpinan berkenaan membuat sebarang keputusan.

Ibrahim berkata, pihaknya yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan kerusi DUN N31 memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang masih belum reda.

“Peluang tetap ada kerana gelombang kebangkitan rakyat masih belum reda, rakyat masih dahagakan perubahan dan mahukan pembaharuan. Keduannya kalau mengambil kira PRU Mac 2008 ada beberapa kawasan yang sebenarnya ramai tidak keluar mengundi dan kita yakin kali ini mereka akan keluar mengundi.

“Dan mungkin juga pada waktu itu ada mesej-mesej tidak sampai pada peringkat pengundi. Oleh itu kita cukup berkeyakinan dalam PRU kali ini kita akan berjaya dengan sokongan semua jentera,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas menyambut baik keputusan berkenaan sekaligus memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Menurutnya keputusan berkenaan dengan jelas mengekalkan status quo pada PRU 12 yang lalu.

“Saya menyambut baik keputusan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan khusunya rakan komponen daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang menunjukan kesepaatan dan persefahaman amat baik terjalin antara parti komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Saya yakin keputusan itu menggambarkan bagaimana hasrat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk melihat Barisan Nasional akan dikalahkan. Saya yakin bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan gerak kerja yang bermula dari sekarang bagi pastikan kemenangan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Thursday, September 10, 2009

ADA DALANG POLITIK USUNG KEPALA LEMBU?


Dari Kacamata Halik Zaman:
ADA DALANG POLITIK USUNG KEPALA LEMBU?

KES pertama pembinaan Kuil Hindu yang secara terang-terangan mencetus kontroversi penduduk di Seksyen 23 itu yang secara tidak langsung disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO. Tentunya perarakan kepala lembu itu bermula dalangnya dari orang suruhan para pemimpin politik. Ia memangnya bukan PAS dan PKR.

Perarakan kepala lembu itu dibuat terlebih dahulu sebelum berlaku kekosongan DUN Bagan Pinang menjadikan para pemimpin UMNO serba salah. Mahu tidak mahu, PEWARIS mesti dijadikan kambing hitam untuk didakwa demi menyelamatkan sokongan dari 18% kaum Indian kepada UMNO/BN dalam PRK Bagan Pinang.

Allah swt telah mengingatkan umat Islam dalam surah Al-Anfal (8)46 yang bermaksud: “Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”.

Islam tidak menyuruh umatnya menghina agama lain. Dalam bulan yang mulia ini bagi umat Islam iaitu di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini yang seharusnya menjadi medan tarbiyyah dan latihan untuk kita bersabar dan bijaksana dalam menyelesaikan segala kekusutan melalui mesyuarat setiakawan.

Kekecohan yang dilakukan oleh beberapa individu yang bertindak agresif di majlis dialog mencari jalan penyelesaian isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam amat mendukacitakan.

Gelagat agresif, provokatif orang Islam pro-UMNO kepada penganut-penganut Hindu sudah keterlampauan dari batasan perikemanusiaan. Kita dapat mengagak kalau pun bukan perarakan itu dibuat oleh ahli-ahli UMNO, ia tentu mendapat galakan dan sokongan dari para pemimpin UMNO.

Kalau anggapan ini tidak betul masakan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin mengiakan tindakan perarakan kepala lembu itu pada mulanya?

Adakah orang Islam yang mengusung kepala lembu itu, tentunya ia bukan PAS atau PKR, tidak memikirkan kepentingan orang Islam di seluruh Malaysia, jika suatu hari nanti orang India dan Cina pula mengusung kepala babi ke masjid bagaimana?

Apa yang dilakukan oleh orang Melayu yang pro politik UMNO itu akan menjejaskan kehormatan seluruh umat Islam dan maruah Islam itu sendiri terhakis. Semoga perkara yang seburuk itu tidak akan terjadi pada kaum India, kerana kita faham kaum India di Malaysia lebih profesional dalam menghadapi karenah masyarakat yang tidak bertamadun itu.

Hukuman yang berat dipohon dari para hakim mahkamah untuk mereka yang mengapi-apikan perasaan perkauman dan pergaduhan kaum ini, ia sejajar dengan hukuman buang Negara. Tidak ada maaf untuk mereka lagi. Dasar Pakatan Rakyat yang berfahaman berbilang kaum bersatu padu sangat diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia.

Perkataan yang berbentuk 'menghasut' seperti "Negara ini orang Melayu punya, orang Melayu mesti dianggap sebagai Ketuanan Melayu." Perkataan sebegini boleh dikategorikan sebagai menghasut kerana boleh menimbulkan perasaan perkauman, pergaduhan kaum, kerana ia tidak menggambarkan satu bangsa rakyat Malaysia yang berbilang fahaman agama.

Kalau mahu bantah kuil dibina di kawasan perumahan majoriti penduduknya beragama Islam, kenapa mesti berarak mengusung kepala lembu? Seolah-olah mahu mengapi-apikan perasaan penganut Hindu yang sekian lama menghormati lembu sebagai haiwan suci, selaras dengan ajaran Hindu.

Kenapa mereka tidak bermuafakat, melainkan memang berniat untuk menghuru-harakan negara Malaysia? Masyarakat percaya, perbuatan mengapi-apikan perasaan perkauman itu mesti didalangi oleh pemimpin politik yang bersembunyi di balik tabir wayang kulit?

Walau siapa pun ahli politik yang menjadi dalang itu, ia pasti bukan daripada PAS dan PKR kerana hakikatnya PRK Bagan Pinang mempunyai 18% undi kaum India yang akan memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Wednesday, September 9, 2009

PKR Negeri Sembilan sokong calon PAS N31 Bagan Pinang


KENYATAAN AKHBAR

Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telah pun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihanraya Kecil N31, Bagan Pinang, PKR Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.

Dengan ini juga PKR Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihanraya tersebut nanti.

Yang lebih penting PKR Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi supaya kemenangan PR mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.

PKR akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi untuk membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.

Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.


DATO’ KAMARUL BAHARIN ABBAS
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Sembilan.

Monday, September 7, 2009

Hishammuddin Tersepit. Anunya Terkepit Bila 25 Laporan Polis Dilakukan Terhadapnya

dipetik dari Rakyat Marhaen.blogspot.com

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cuba untuk mengkaitkan anggota PKR dan PAS di dalam isu perarakan kepala lembu apabila berkata anggota pelbagai parti politik dikenal pasti terbabit dalam isu bantahan cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.


Beliau berkata kementeriannya telah pun melakukan siasatan mengenai perkara itu dan bersedia mendedahkan maklumat mengenainya pada suatu masa yang difikirkan sesuai.

"Kita tahu berapa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Barisan Nasional (BN) yang terbabit dalam protes itu. Kita mempunyai maklumat itu dan bersedia mendedahkannya pada masa yang sesuai.

Hishamuddin dicabar untuk mendedahkannya seberapa segera dan ramai pemerhati politik menyifatkan kenyataan Hishamuddin berkenaan adalah percubaan Naib Presiden UMNO itu untuk melakukan "cover-up" terhadap jenayah rasisma yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO dan pemudanya yang mendalangi penunjuk perasaan kepala lembu tempohari.

Ia juga sebagai satu percubaannnya untuk menutup laporan polis yang sebanyak 25 laporan yang dibuat oleh beberapa ahli politik parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkaitan isu protes persatuan penduduk Seksyen 23 yang membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr A Xavier Jayakumar berkata, pihaknya terkejut dengan tindakan Hishammuddin yang menyatakan kumpulan berdemonstrasi berkenaan tidak berniat menimbulkan kebencian terhadap kaum lain.

“Kami terkejut dengan kenyataan Hishammuddin padahal kes berkenaan masih dalam siasatan polis.”

“Kenyataan yang dikeluarkan jelas tidak bertanggungjawab daripada seorang menteri yang menjaga ketenteraman negara dan boleh mengundang kutukan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

Xavier berkata, tindakan menteri berkenaan jelas mendahului siasatan polis dan boleh mempengaruhi proses berkenaan.

Calon bakal cetus polemik dalam Umno Negeri Sembilan

Faiz Abdullah
Mon | Sep 07, 09 | 10:11:21 am MYT

TELUK KEMANG, 7 Sept: Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng. Walaubagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Seorang lagi tokoh tempatan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga merupakan seorang "lone ranger" yang tidak mempunyai sebarang "team" khusus di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

Maka pada mulanya ramai yang menjangka akan berlaku perebutan dalam menentukan calon. Iaitu sama ada dari kem Mohd Isa yang merupakan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang atau pun calon dari kem Mohd Hasan, Pengerusi Perhubungan.


(Gambar: Bapak atau anak bapak akan menjadi calon di Bagan Pinang. Mohd Isa dan anaknya Mohd Najib (kanan sekali) semasa di tanah perkuburan Allahyarham Azman)

Namun kini maklumat terbaru yang diperolehi, Mohd Hasan telah menyerahkan tugas memilih calon kepada Mohd Isa. Desas desus daripada Umno bahawa terdapat dua calon popular untuk bertanding kerusi Bagan Pinang iaitu Mohd Isa sendiri atau pun anak lelaki beliau, Mohd Najib Mohd Isa.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan kerelaan Mohd Hasan agar bakal calon ditentukan oleh Mohd Isa sebagai petanda positif yang baik di dalam Umno Negeri Sembilan.

Sedia maklum Mohd Hasan menghadapi tekanan hebat sejak Pilihanraya Umum ke-12. Bukan sahaja untuk kali pertama dalam sejarah politik Negeri Sembilan BN kecundang di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, malah pada pemilihan Umno pada tahun ini, ramai orang beliau telah tumpas di peringkat bahagian walaupun ada diantara mereka merupakan ADUN.

Mengikut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, walaupun pada awalnya Mohd Hasan dilihat menyerahkan kepada Mohd Isa untuk menentukan calon Bagan Pinang, namun situasi sebenarnya hanya akan dapat dilihat apabila tarikh penamaan calon semakin dekat.

"Ada kemungkinan Menteri Besar boleh menolak calon pilihan Mohd Isa atau Umno Teluk Kemang dan mencalonkan calon pilihannya.

"Jika calon Bagan Pinang itu adalah Mohd Isa, jika beliau menang, apakah bekas Menteri Besar hanya menjadi ADUN biasa?" ujar sumber Umno tersebut kepada Harakahdaily.

Sumber tersebut turut meramalkan andaikata Mohd Isa menang, ada kemungkinan Najib akan melantik Mohd Isa sebagai menteri besar, memandangkan Mohd Isa sememangnya dari kem Najib sejak dulu lagi.

Jika ini berlaku, pergolakan dalam Umno Negeri Sembilan pasti akan lebih parah, kerana sudah pasti pemimpin negeri di kem Mohd Hasan yang ramai juga terdiri daripada ADUN tidak akan puas hati dengan perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri yang meminggirkan Mohd Hasan.

Maka dapatlah dirumuskan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang akan mencetuskan pelbagai polemik dalaman di dalam Umno. _

Saturday, September 5, 2009

Isu kuil: Khalid sedia kalah kerana berlaku adil


Abdul Aziz Mustafa
Sat | Sep 05, 09 | 11:24:17 am MYT
SHAH ALAM, 5 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.

"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

Dengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.

Aziz Bari - Sidang DUN Perak 2 September Sah

Tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan.

Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.

Beliau berkata, V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.

“Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.

“Apa yang diputuskan dalam Sindang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,” katanya.

Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang Dun Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,” katanya.

Mengulas mengenai kemelut politik di Perak, Aziz berkata Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.

Beliau berkata mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.

“Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.

“Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,” katanya.

Katanya DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.

“Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,” katanya.

Friday, September 4, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Kota Siputeh: SU MB Pahang persoal SPR

Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada pilihan raya diadakan atau tidak diadakan, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi.

Ketika menulis mengenai keputusan SPR yang mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di dalam blognya (dongtalk.blogspot.com), beliau berkata, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengisytiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengetepikan keputusan atau perisytiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Dalam postingnya yang bertajuk "Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?" Shamsuddin mengemukakan beberapa persoalan.

"Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?

"Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?"

Beliau juga mempersoalkan, ahli dewan adalah bertanggungjawab (answerable) kepada dewan atau kepada SPR?

"Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat dewan itu telah ditolak oleh Speaker dewan.

"Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?" soal beliau lagi.

Merujuk kepada peraturan DUN Pahang, Shamsuddin berkata berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada dewan dan bukannya SPR.

"Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) adalah salah satu dari tiga cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Ekeskutif dan Kehakiman.

"Dibandingkan dewan atau Parlimen dengan SPR, SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi dewan! SPR tidak boleh overrule (mengatasi) apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh dewan!" kata beliau yang berkelulusan undang-undang.

Beliau menjelaskan, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengistiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Beliau menutup tulisannya dengan menyatakan: "Perlukah dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?

"SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan dewan.

"Tugas SPR ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada Pilihan raya diadakan atau tidak diadakan!

"SPR tidak boleh menjadi mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli dewan yang telah dilucutkan kerusinya!"

Selasa lalu, SPR memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan bagi kerusi DUN tersebut.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Sebelum itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, Ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Thursday, September 3, 2009

Protes Kuil: Laporan Polis terhadap Hishamuddin

Nazri Abdullah
Thu | Sep 03, 09 | 11:35:34 am MYT

SHAH ALAM, 3 Sept: Exco kerajaan negeri Selangor, Dr.Xavier Jayakumar hari ini akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu bantahan pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri, kerana telah campurtangan siasatan polis apabila membuat pertemuan dengan kumpulan protes mengarak kepala lembu 28 Ogos lalu sedangkan lembu adalah dianggap suci di dalam agama Hindu.

Laporan itu akan dibuat di balai polis IPD Petaling Jaya (PJ New Town) jam 12.30 tengahari ini.

Semalam Xavier Jayakumar meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau letak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu.

Selain Xavier, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Wednesday, September 2, 2009

Anwar : Pendakwaraya Sengaja Lengahkan Perbicaraan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara menyerahkan dokumen yang perlu untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaan beliau terhadap tuduhan liwat.

Pendakwaraya hari ini sekali lagi meminta Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan bersabit penyerahan dokumen itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 3 November ini untuk menimbang semula perkara berkenaan, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang akan bersidang 23 Oktober bagi mendengar permohonan pendakwaraya membatalkan penyerahan bukti-bukti itu.

"Yang memohon untuk menangguhkan itu adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai", kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim" tambah Anwar.

Antara bahan bukti yang dituntut oleh Anwar ialah rakaman video keselamatan di tempat kejadian, bukti-bukti DNA dan keterangan saksi serta Saiful sendiri.

Anwar berkata setelah mengenakan pertuduhan liwat terhadapnya untuk kali kedua, pendakwaraya sengaja melewat-lewatkan perbicaraan atas alasan-alasan yang menafikan keadilan kepada beliau.

"Pendakwa memohon kepada mahkmah untuk menangguhkan sidang kes sehingga selesai permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian permohonan itu hanya akan didengar pada Oktober oleh Mahkamah Rayuan. Maka oleh itu, mereka memohon supaya sidang dijalankan pada awal November" kata Anwar.

Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kota Seputeh: Umno kalah 8-0


Abdul Aziz Mustafa
Wed | Sep 02, 09 | 8:59:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu," kata beliau.

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

"Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

"Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

"Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

"Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

"Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat," katanya.

Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama," kata beliau.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak.

Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh ayang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu.

"Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu," beliau mempersoalkan.

Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseoran ADUN tidak menghadiri sidang DUN.

"Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN," katanya.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut.

Senario Politik Perak

Pelbagai senario menarik melanda Perak dari awal tahun 2008 sehinggalah penghujung Ogos. Perkembangan politik negeri tersebut mencuri tumpuan rakyat Malaysia malah turut mencatatkan beberapa rekod dunia yang julung-julung kalinya berlaku di Malaysia.

Semuanya bermula sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu apabila Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 dari 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

Pada 17 Mac 2008 memperlihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Selepas itu, seluruh negara dikejutkan oleh isu lompat melompat yang berlaku di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, episod bermula apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar dari Umno dan masuk Parti Keadilan Rakyat maka bermulalah drama lompat melompat parti di Perak.

Melalui senario politik Perak ini, beberapa rekod dunia yang telah dicatatkan:

- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.

- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.

- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.

- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.

- Speaker dinafikan kuasa: Sidang DUN Perak 7 Mei tidak sah malah mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker Sivakumar malah pelbagai arahan dan perintah daripada Setiausaha DUN, Abdullah Antung Sabri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang tidak mempunyai autoriti.

- Speaker diseret dari kerusinya: Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh beberapa anggota polis, gara-gara sidang DUN "disambung" oleh "Speaker Baru" lantikan BN.

- Berpuluh-puluh polis mencemarkan DUN: Kira-kira 50 anggota polis memasuki Dewan dan mengelilingi tempat duduk dan dengan bantuan bentara menarik keluar Speaker Sivakumar.

- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.

- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak kuil yang dicadangkan adalah di kawasan industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan.

Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO-BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Tuesday, September 1, 2009

Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM