Setiausaha Agung PKR disekat memasuki Sarawak
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengekalkan politik kuku besi Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil,pagi ini PKR dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah disekat dari memasuki negeri Sarawak.
Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen PRK Balingian.
Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.
Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Menurut Fahmi lagi, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini.
“Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
No comments:
Post a Comment