KUALA LUMPUR, 19 MEI : Tindakan polis menahan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis mahasiswa, Adam Adli di bawah Akta Hasutan adalah cubaan biadab Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan menakutkan rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Tegasnya, tindakan polis dipersoalkan kerana hanya menahan individu yang melaksanakan tanggungjawab kepada negara, namun gagal bertindak terhadap individu dan kumpulan yang cuba menimbulkan suasana tidak stabil dalam negara dengan memainkan isu perkauman.
“Adakah kita sudah kembali ke zaman Tun Dr Mahathir yang terus memperalatkan kuasa polis untuk bertindak terhadap rakyat yang mahu hak asasi mereka dikembalikan? kata Azmin dalam kenyataannya, hari ini.
“Apabila kita lihat Jabatan Peguam Negara juga mula bersikap penakut, maka kita akan saksikan lebih banyak penahanan dan dakwaan akan dikenakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi,” ujar Ahli Parlimen Gombak.
Secara sinis, Azmin turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menggunakan jawatannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di Malaysia agar pergi ke negara lain.
“Inikah maknanya ‘kabinet transformasi’ yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Zahid bertindak angkuh dan bodoh terhadap Pakatan?
“Beliau harus faham. Kita bukan bergadu. Ini adalah negara kami dan anda (Umno BN). Masalah sekarang ialah Umno-BN yang sebenarnya gagal memahami hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil,” tegas Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52213
No comments:
Post a Comment