Monday, May 20, 2013

‘Kabinet Transformasi’ Najib bayangi zaman diktator Mahathir


KUALA LUMPUR, 19 MEI : Tindakan polis menahan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis mahasiswa, Adam Adli di bawah Akta Hasutan adalah cubaan biadab Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan menakutkan rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Azmin_Ali
Tegasnya, tindakan polis dipersoalkan kerana hanya menahan individu yang melaksanakan tanggungjawab kepada negara, namun gagal bertindak terhadap individu dan kumpulan yang cuba menimbulkan suasana tidak stabil dalam negara dengan memainkan isu perkauman.

“Adakah kita sudah kembali ke zaman Tun Dr Mahathir yang terus memperalatkan kuasa polis untuk bertindak terhadap rakyat yang mahu hak asasi mereka dikembalikan? kata Azmin dalam kenyataannya, hari ini.
“Apabila kita lihat Jabatan Peguam Negara juga mula bersikap penakut, maka kita akan saksikan lebih banyak penahanan dan dakwaan akan dikenakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi,” ujar Ahli Parlimen Gombak.
Secara sinis, Azmin turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menggunakan jawatannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di Malaysia agar pergi ke negara lain.
“Inikah maknanya ‘kabinet transformasi’ yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Zahid bertindak angkuh dan bodoh terhadap Pakatan?
“Beliau harus faham. Kita bukan bergadu. Ini adalah negara kami dan anda (Umno BN). Masalah sekarang ialah Umno-BN yang sebenarnya gagal memahami hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil,” tegas Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52213

Semakan dapati kajian sokong ‘Anwar bersara’ palsu


Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya, Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei lalu.
Anwar dan rakyat
Setelah disemak, jabatan ITThe Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya sama ada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan Pakatan itu untuk memenangi pilihan raya 5 Mei lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. – Harakah Daily
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52152

Ketua AMK Negeri Sembilan dipanggil polis berhubung #Black505 Seremban


NAZREE_NEG9SEREMBAN, 19 MEI : Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Mohd Nazree Mohd Yunus dipanggil memberi keterangan di balai polis Seremban hari ini, berhubung himpunan Suara Rakyat Suara Keramat anjuran Pakatan Rakyat di Seremban, 17 Mei lalu.
Beliau memaklumkan didatangi sepasukan polis di rumahnya sehari selepas himpunan dan memintanya hadir ke balai polis Seremban untuk memberi keterangan.
“Saya meminta agar ditangguhkan ke hari Isnin. Namun pegawai polis bertegas kena hadir hari ini dengan alasan kertas siasatan mengenai kes ini akan dihantar ke Bukit Aman pada 20 Mei ini,” katanya kepada Keadilandaily.
Nazree memberitahu, beliau ditanya beberapa soalan berkaitan himpunan itu di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 selama lebih dua jam
“Saya tegaskan akan hanya menjawab di mahkamah. Mereka terus mencuba bertanya. Jawapan sama saya berikan,
#Black505_Seremban
“Selepas lebih dua jam di soal siasat, saya dibebaskan,” katanya ditemani, Naib Ketua AMK negeri, Ramlan Roes dan 15 aktivis muda Pakatan Rakyat.
Pada 19 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengadakan himpunan edisi Negeri Sembilan yang menyaksikan lebih 60,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pusat Komersil Oakland, Seremban bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
Siri himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ Black 505 akan diteruskan di Kompleks Pas Kedah pada hari Selasa, 21 Mei, Terengganu (Khamis, 23 Mei) dan Melaka (Jumaat, 24 Mei).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52203

Friday, May 3, 2013

PRU13: Tengku Adnan mengaku BN terbangkan pengundi ke Semenanjung



Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia.

Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.

Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".

Sedangkan, Pakatan Rakyat turut menempah bas untuk membawa pengundi dari negara jiran, katanya.

Malah, BERSIH, turut membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong, katanya lagi.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia.

"Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya.

Beliau mengulas dakwaan Anwar hari ini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing. 

Mengulas dakwaan itu, PMO hari ini turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terlibat membawa pengundi yang dicurigai itu, seperti didakwa Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.

Harapan Rakyat: Kos Keseluruhan Manifesto


Harapan Rakyat: Harga Kereta turun


Kaji Risik BN: PR menang 117 Parlimen!


Harapan Rakyat: Harga Minyak turun


Video isteri mendiang P.I. Bala

Kisah yg berlaku di sebalik akuan bersumpah P.I Bala


Cubaan SPR bawa keluar kertas undi dari Balai Polis Manjung kantoi

Cubaan bawa keluar kotak undi dari Balai Polis Manjung


LUMUT 3 MEI: Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.
kotak-undi-manjoi
Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis
Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.
Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.
“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.
“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.
Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.
Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.
Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.