KOTA KINABALU 30 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan semalam.
No comments:
Post a Comment