Monday, July 30, 2012

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol


KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.

Penyertaan 2 Ahli Parlimen BN Sabah jadi titik peralihan – Anwar

dipetik daripada Keadilan Daily


KOTA KINABALU 30 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan semalam.

MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan


MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.
Sementara itu Bernama melaporkan pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit.

Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.
Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433 H


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan dan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri mengucapkan Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga dengan kehadiran bulan mulia ini, ibadat puasa dapat dijalankan dengan lancar dan dirahmati Ilahi.

Khusus buat semua anggota parti, sebelum kedatangan PRU-13, maka bulan mulia ini juga adalah waktu terbaik buat semua anggota parti mengukuhkan perpaduan, semangat dan kerjasama serta menolak segala perselisihan lalu.



Tuesday, July 17, 2012

Loke: Menteri kelirukan kabinet RM1.66 juta?

dipetik daripada Malaysiakini.com


Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66 juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) pada April lalu.

Anggota parlimen Rasah daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.

NONE
Dakwanya, menurut minit mesyuarat bertarikh 30 Mac dan dokumen lampiran, agensi itu membelanjakan RM292,220 untuk jawatankuasa kerja pengangkutan, terutamanya untuk bahagian pemasaran antarabangsa.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP mendakwa, sebanyak RM14,580 dibelanjakan untuk kad prabayar telefon dan "cenderamata manik" untuk kakitangan pemasaran.

Agensi itu juga didakwa membelanjakan RM15,600 untuk "logistik" pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT.

"Menganjurkan persidangan antarabangsa bukannya lesen untuk berbelanja boros," kata Loke lagi.

Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air

dipetik daripada Malaysiakini.com

Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.

'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langat 2'



Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

 1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014) 

4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain. 

5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut. 

6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma. 

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor . 

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.          


dr xavier jayakumar official photo
DR XAVIER JAYAKUMAR adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawap terhadap isu air di negeri tersebut.

Wednesday, July 11, 2012

Lawatan Kerja KEADILAN NS ke Pejabat SPR NS

Tarikh: 10 Julai 2012 / Selasa
Tempat: Pejabat SPR Negeri Sembilan, Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Seremban.
Waktu: 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari


KEADILAN NS mengucapkan jutaan terima kasih kepada SPR Negeri Sembilan khususnya buat Pengarah SPR Negeri, Saudara Afizam Abdullah Sani serta kakitangan SPR Negeri yang memberi layanan mesra kepada pimpinan MPN NS.

Pertemuan ini dianggap sebagai merintis hubungan baik dan kerjasama erat antara KEADILAN NS dan SPR. Penerangan dan taklimat beberapa isu berbangkit, persediaan & persiapan SPR dan cadangan-cadangan khusus telah berjaya disampaikan dengan baik antara kedua-dua pihak.




Friday, July 6, 2012

Makluman Program





CERAMAH UMUM
Skuad PRU-13 & Sukarelawan DUN Gemas
18 JULAI 2012 
8:00 malam
No 373, Blok 14, Felda Jelai 2, Gemas.
Penceramah Utama:
USTAZ BADRUL AMIN (Ahli MPP KEADILAN)
YB DATO KAMARUL BAHARIN ABBAS (Pengerusi MPN NS)

NAZREE YUNUS (Ketua AMK NS)