Wednesday, February 9, 2011
Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran
Sunday, February 6, 2011
Dari Meja SU MPN: SELAMAT TAHUN BARU CINA
Di sini, PKR Negeri Sembilan mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan bermakna ini buat seluruh rakyat berbangsa Cina dan juga para rakan-rakan pejuang dalam PR Negeri Sembilan dari parti DAP dan PKR.
Ribuan maaf dihulurkan kerana kelewatan mengemaskini blog ini. Terima kasih buat para pengunjung yang sentiasa menyokong perjuangan PKR dan PR di Negeri Sembilan.
Tuesday, February 1, 2011
Jelajah PKR untuk perbaiki imej
Jelajah itu akan dimula di Galeri Empire, Subang Jaya jam 4 petang ini oleh naib presiden yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Seri Setia.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti PKR tercalar ekoran laporan media mengenai krisis dalaman parti itu.
Lebih separuh daripada responden dalam kajian tersebut menyuarakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program tersebut yang bertujuan untuk memperbaiki ikatan antara kepimpinan pusat parti dengan cabang-cabangnya, dijangka diadakan di 30 lokasi yang ditandingi PKR dalam pilihan raya serta kawasan yang dianggap 'strategik'.
Mengumumkan perkara itu hari ini, ketua penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata kaunter pendaftaran juga akan dibuka untuk keahlian baru.
Menurutnya, jelajah itu penting kerana ini adalah kali pertama ibupejabat PKR memainkan peranan langsung dalam menyusun program ini dengan pihak cabang - yang akan berjalan selama tiga bulan sehingga akhir April.
PKR perbetul kenyataan Gobala
Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus.
Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus.
Hakikatnya, tegas Nik Nazmi, majoriti besar pimpinan PKR dipilih menerusi sistem satu ahli satu undi, dan ahli PKR "jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman".
"Justeru, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobala yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti," katanya.
Rakyat, tegas Nik Nazmi, akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan.
Katanya, ahli parlimen Padang Serai itu - yang mengumumkan keluar PKR baru-baru ini - telah menuduh berkali-kali bahawa PKR meminggirkan masyarakat India.
Sebelum ini, tambahnya, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu.
"Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada di dalam Keadilan yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif.
"Ramai pimpinan Keadilan telah menjawab tuduhan Gobala secara spesifik dan menafikan dakwaannya bahawa Keadilan meminggirkan masyarakat India.
"Masyarakat sendiri dapat menilai dakwaannya hanya terbit selepas beliau kalah dalam pemilihan dan tidak dilantik menjadi naib presiden parti," tegasnya.
Mengapa PAS tewas di Tenang?
Banyak yang telah diperkatakan berhubung pilihan raya kecil DUN Tenang sebagai pentas ujian bagi BN untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.
Ini berdasarkan komposisi kaum di kerusi campuran itu yang menjadi contoh tipikal kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan di di Semenanjung Malaysia.
Namun, persoalannya apakah kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi ini menjadi petunjuk bahawa sentimen pengundi telahpun kembali memihak kepada parti pemerintah itu? Jawapannya, ya dan tidak.
Kejadian hujan lebat dan banjir yang tidak dijangka, disifatkan warga setempat sebagai peristiwa yang lebih buruk daripada bah besar pada 2006 – banyak menjejaskan pusat-pusat pengundian di kawasan majoriti Cina.
Keadaan ini memberi kesan kepada ukuran sebenar bagi sokongan terhadap BN mahupun kepada Pakatan Rakyat, di mana peratus keluar mengundi di sesetengah kawasan adalah serendah 55 peratus seperti di Bandar Labis Tengah yang mempunyai 95 peratus pengundi Cina
Hujan dan bah tersebut juga menjadi sebab peratus keluar mengundi yang turun sehingga 66 peratus berbanding 73.52 peratus pada pilihan raya umum 2008. Hujan lebat turun sebelum pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.
Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, peratus keluar mengundi di kalangan pengundi Cina dan India turun mendadak – di antara 23 dan 39 peratus bagi pengundi Cina dan lebih mengejutkan penurunan sebanyak 54 peratus di kalangan pengundi Cina.
Bagaimanapun, peratus keluar mengundi bagai pengundi Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak dua peratus kepada 81 peratus.