Thursday, July 31, 2008

Ahli Parlimen PKR Negeri Sembilan


DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS
Ahli Parlimen
P132 Teluk Kemang
Fakta Kemenangan:
Jumlah Pemilih Berdaftar-60,186
Undi Diperolehi-23,348
Majoriti-2804
Kemenangan Dato' Kamarul Baharin Abbas di Parlimen Teluk Kemang telah membuka satu lebaran kejayaan buat Parti KeADILan Rakyat untuk meneguhkan pengaruh parti ini di Negeri Sembilan. Kejayaan ini telah mengubah senario Negeri Sembilan yang terkenal sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional.
Pengaruh media kawalan BN yang menenggelamkan potensi calon-calon PKR di seluruh negara tidak langsung menjejaskan kempen Pilihanraya Umum di Negeri Sembilan. Walaupun dengan serba kekurangan untuk berdepan dengan jentera BN, semangat dan kegigihan jentera PKR telah berjaya menarik para pengundi memilih calon PKR dan menolak calon BN.
Seiring dengan slogan Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat-"Harapan Baru Untuk Malaysia", maka dengan kemenangan Dato' Kamarul Baharin Abbas juga telah mencetuskan suatu harapan baru buat Negeri Sembilan dan khususnya kepada pengundi-pengundi Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan bukan lagi kubu kental BN!
Beliau kini merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan.
Direktori Ahli Parlimen Teluk Kemang
Lot 7124, Permai Park
Batu 2 ½ Jalan Seremban,71000 Port Dickson.
(Pusat Khidmat Ahli Parlimen Teluk Kemang)
Tel: 06-6517475
HP: 013-267 8007 (Baha)
HP: 019-607 3820 (Shaharudin)
Fax: 06-6517478
Email: kamarul@kamarulbaharin.com