Wednesday, January 11, 2012
Monday, January 9, 2012
Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar
Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.
Terima kasih
“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.
Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.
Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.
Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.
Anwar Di Bebaskan, Hakim Meragui Bukti DNA
PERHIMPUNAN AMAN 901: SYARAT DIBERIKAN SELEPAS RUNDINGAN DAN MUAFAKAT
dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian
KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari
Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan
oleh PDRM kemudiannya.
Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui
Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak
media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak
PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada
menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui
syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.
Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan
orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya
tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus
kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan
KEADILAN.
Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan
aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang
dikemukakan pihak polis.
KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir
menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim
dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.
N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN
8 Januari 2012
Thursday, January 5, 2012
Halang himpunan khianati asas negara demokratik- Azmin
KUALA LUMPUR 5 Januari: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menegaskan halangan kepada perhimpunan aman di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, bertentangan dengan asas perlembagaan dan pembentukan negara yang demokratik.
“Ia (himpunan aman) merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik,”
“Justeru, sebarang usaha atau tindakan yang mengusir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia, adalah pertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.
“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” tegas beliau dalam satu kenyataan media pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, KEADILAN menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein yang menyatakan kesediaan pihak polis untuk berbincang.
“KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur,” kata beliau.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur himpunan tersebut.
Dalam pada itu, Azmin menyeru semua anggota KEADILAN dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk turut serta pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Berharap insiden keganasan semasa himpunan Bersih dan mahasiswa baru-baru ini tidak berulang, Azmin berkata, ia adalah peluang terbaik bagi pihak polis memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan awam.
“KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur,” tegas beliau.