Seremban, 13 Oktober 2016.
Serahan Bantahan oleh Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada SPR Negeri Sembilan.
Friday, October 14, 2016
Tuesday, June 21, 2016
Aktiviti Pejabat Parlimen Telok Kemang
PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK BERSAMA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG DI
YAYASAN ANAK YATIM DAERAH PORT DICKSON DAN SEKOLAH TAHFIZ TAMAN SELASIH.
Monday, June 13, 2016
Sumbangan Moreh DUN Sikamat
10 Jun 2016
Surau Al-Falah
Taman Pelangi, Sikamat
Surau Al-Falah
Taman Pelangi, Sikamat
Menyampaikan sumbangan moreh kepada Pengerusi Surau Al-Falah Taman Pelangi YB Aminuddin Harun & YB Loke Siew Fook.
PROGRAM SUMBANGAN PELAJARAN PKR CABANG TELOK KEMANG.
dipetik daripada FB Parlimen Telok Kemang
9 Jun 2016
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang
Semoga dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat adik ini untuk terus berjaya dalam pelajaran.
9 Jun 2016
Pejabat Ahli Parlimen Telok Kemang
Naib Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang, Dato Muthu Palaniappan telah bermurah
hati menyalurkan sumbangan kepada adik Nor Nasyuha bt Hamzah dari Kg
Jimah Baru yang mengalami keretakan tulang tangan akibat kemalangan
sebanyak RM 1K.
Semoga dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat adik ini untuk terus berjaya dalam pelajaran.
PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN PKR CABANG TELOK KEMANG
Dipetik daripada FB Parlimen Telok Kemang
Sempena Ramadhan tahun ini, bantuan disalurkan oleh kepimpinan Cabang. Naib Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang, Dato Muthu Palaniappan telah bermurah hati menyumbangkan keperluan dapur kepada keluarga asnaf dan miskin dari DUN Lukut dalam kawasan Parlimen Telok Kemang.
Sempena Ramadhan tahun ini, bantuan disalurkan oleh kepimpinan Cabang. Naib Ketua Cabang KEADILAN Telok Kemang, Dato Muthu Palaniappan telah bermurah hati menyumbangkan keperluan dapur kepada keluarga asnaf dan miskin dari DUN Lukut dalam kawasan Parlimen Telok Kemang.
Semoga dengan sumbangan bantuan ini akan dapat menceriakan para keluarga asnaf dan meringankan bebanan sepanjang bulan Ramadhan.
Thursday, June 9, 2016
PKR terkejut Johor mohon bantuan air dari Singapura
Petikan dari Malaysiakini
PKR Johor terkejut dengan tindakan kerajaan negeri meminta
pertolongan kerajaan Singapura untuk menambah bekalan air terawat
sebanyak 6 juta gelen sehari sejak Sabtu lalu.
Sedangkan berdasarkan Perjanjian Air Malaysia-Singapura 1962,
kerajaan Malaysia melalui Johor perlu membekalkan 250 juta gelan air
mentah sehari ke republik itu setiap hari.
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata ia jelas menunjukkan
kelemahan sistem pengurusan air Johor dan loji rawatan air yang tidak
mencukupi untuk memproses air terawat serta menampung bekalan air
penduduk.
"Bukan sahaja rakyat Johor terpaksa membayar tarif air yang paling
tinggi di Malaysia iaitu RM1.31 setiap meter padu malah kami juga sering
menghadapi isu kekurangan air sehingga sebahagian rakyat di Selatan dan
Timur Johor telah mengalami catuan air pada tahun lepas," katanya.
Justeru katanya, PKR memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu dalam jangka masa panjang.
Antaranya bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
bagi menubuhkan satu pusat khusus iaitu Pusat Pengurusan Bekalan Air dan
Pengawalan Sumber Air dengan segera.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga perlu mencari sumber
alternatif seperti air bawah tanah dan memperketatkan penguatkuasaan
undang-undang sedia ada bagi mencegah pencerobohan dan pencemaran
kawasan tadahan air.
"Kerajaan Johor patut mengaku kelemahan sendiri dalam bidang
pengurusan air dan perlu mencontohi negara jiran Singapura, Belanda dan
Arab Saudi yang jauh lebih ke depan dan berilmu dalam bidang Pengurusan
Air dan Pencarian Sumber Air," katanya yang juga Adun Bukit Batu.
Selasa lalu, kerajaan Johor mengalu-alukan keputusan Singapura
menyalurkan bekalan air bersih tambahan sebanyak enam juta gelen sehari
selama sebulan kepada negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimanapun
bantuan itu tidak akan membuat kerajaan negeri berhenti dan berusaha
mencari sumber air baru dan alternatif lain.
Beliau dilapor berkata, kerajaan negeri juga melihat langkah
Singapura memberi bantuan itu adalah tindakan baik sebagai jiran kepada
Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)