Wednesday, July 10, 2013

Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding

Ketua jentera PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Datuk Husam Musa berkata Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh bersikap angkuh kerana meminta agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut.

husam release 240613 01“Itu kenyataan yang sangat angkuh,” kata Husam (kiri) dalam satu sidang media hari ini.

Husam berkata PAS tetap berpeluang untuk menang walaupun Idris mendakwa majoriti BN akan meningkat dalam pilihan raya ini.

Idris yang juga ketua Umno Besut meminta PAS tidak meletakkancalonnya di Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan. 

Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS tidak mempunyai harapan untuk menang memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum lalu.
Idris juga yakin, jika berlaku pertembungan, BN akan mendapat pertambahan majoriti sehingga 4,000 undi memandangkan taraf ahli parlimennya sebagai menteri pendidikan kedua.

No comments: