Tuesday, September 23, 2014

MB Selangor: Exco baharu angkat sumpah Jumaat ini

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Exco Kerajaan Selangor yang baharu akan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai pemilihan Exco akan dimulakan petang ini dan dijangka dapat diputuskan selewat-lewatnya pada Khamis.
Azmin Ali
“Kita akan ada perbincangan petang ini untuk lihat komposisi Exco. Saya akan segerakan kerana Tuanku menitahkan perkara ini agar dapat diselesai segera.

“Proses perbincangan belum bermula dan kita akan maklumkan. Istiadat angkat sumpah exco negeri akan diadakan Jumaat ini dan keputusan tertakluk kepada perbincangan,” kata Azmin pada sidang media selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.
Menurut Azmin, perbincangan bersama pemimpin komponen Pakatan Rakyat itu nanti turut merangkumi kedudukan empat Exco daripada PAS sedia ada.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63078

No comments: