Wednesday, August 27, 2008

Keputusan Penuh PRK Parlimen Permatang Pauh P44

Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

Fakta Kemenangan:

DSAI (PKR) : 31,195
ARIF SHAH (BN) : 15,524
HANAFI MAMAT : 92
Majoriti : 15,671

DSAI Menang Majoriti Besar!


CARTA PECAHAN UNDI

Sekali lagi sejarah politik negara dicatat pada hari ini apabila DSAI telah berjay memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dengan meraih majoriti yang besar. Keputusan rasmi telah diumumkan oleh SPR jam 9.45 malam dengan DSAI memperolehi 31,172 undi, Arif Shah menerima 15,045 undi dan Hanafi Mamat calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia hanya mendapat 89 undi serta kehilangan wang deposit.

Walaupun ketika tempoh berkempen, BN menggasak DSAI dengan pelbagai provokasi perkauman namun ia sedikit pun tidak menjejaskan pendirian pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh memberi undi kepada DSAI yang memperolehi majoriti kemenangan 16,038 undi.

Rakyat Malaysia kini menunggu saat DSAI mengangkat sumpah di Parlimen dan menanti perubahan politik dan ekonomi negara.

Lawan tetap lawan...membujur lalu melintang patah, keadilan rakyat Malaysia!!!

Tuesday, August 26, 2008

Terkini: 61% Keluar Megundi di Permatang Pasir

Bilik Gerakan Utama
DUN Permatang Pasir

Sehingga jam 2.30 petang tadi, jumlah pemilih yang keluar mengundi di Permatang Pasir menghampiri 61%.
Ketika berita ini disiarkan, kesesakan lalulintas telah mulai reda.

Anwar mahu ke Parlimen secepat mungkin untuk bentuk kerajaan


Dipetik dari Suara Keadilan Online
Selasa, 26 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

Lagi penipuan

Petugas-petugas Pakatan Rakyat membantah seorang pengundi bernama Azhar Halim nombor Kad Pengenalan 660428 085521, nombor Kad Pengenalan lama A 0381797 dibenarkan mengundi oleh SPR walau pun namanya tiada dalam senarai pemilih.

Kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Daerah mengundi Kuala Mengkuang, Penanti.

Kenderaan membawa pengundi hantu dikesan

[12.40 PETANG]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - KeADILan hari ini mengesan usaha-usaha untuk membawa hantu bagi mengundi di sini.

Menurut sumber, Van Inokom, berwarna putih dengan nombor pendaftaran WJP 3975 yang membawa pengundi hantu dari Johor baru sahaja keluar dari Bertam menuju ke Permatang Pauh.

Najib disambut ‘boo’ dan laungan reformasi
[12.30 PETANG]Hampir setiap lawatan Najib sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak di’boo’.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang To Kandu, Permatang Pasir pagi ini, Najib juga sambutan ‘boo’ ketika melawat bilik gerakan yang berhampiran.

Selain kata-kata biasa yang didengar seperti Altantuya dan C4, Najib juga memekakan telinga kerana laungan ‘Reformasi’.

Beliau juga dijangka akan di boo di semua lokasi yang beliau lawati hari ini.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lebih kreatif untuk menangani provokasi BN. Bukan sahaja membawa banner dan bendera, Pakatan Rakyat turut membawa kain pelekat dan batik serta menayangkan wang ringgit kepada penyokong BN.

Anwar akan ke Parlimen secepat mungkin

[11.20PAGI, KEMASKINI]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Anwar umumkan untuk ke Parlimen secepat mungkin dan akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata sedemikian selepas membuang undi di luar perkarangan Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pagi ini.

anwar ke parlimen akan segera mengadakan perbincangan dgn mp bn utk form kerajaan secepat mungkin

Tidak rasmi 50% keluar mengundi


[11.15 Pagi]Sehingga kini, laporan dari wartawan kami yang berada disana, kira-kira 50 peratus pengundi P44 Permatang Pauh telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara.

Dengan keadaan cuaca yang begitu baik, pengundi turut berasa gembira untuk melakukan perubahan yang besar untuk negara!
Anwar adakan lawatan ke pusat pembuangan undi.

[11 PAGI]PERMATANG PAUH: Anwar kini dalam lawatan ke pusat-pusat pembuangan undi. Ketika berita ini ditulis Anwar berada di Sekolah Seberang Jaya 2.

Kira-kira 3000 penyokong berada di Sekolah berkenaan. Anwar disambut dengan laungan reformasi.

Anwar bersyukur sokongan rakyat, terjemah melalui undi

[10.45 pagi]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Calon KeADILan, Anwar Ibrahim, merasakan syukur dan gembira terhadap sokongan yang ditunjukan rakyat kepada beliau walaupun tidak dibayar, namun sokongan yang diberikan terlalu besar.

Bercakap ketika di luar pusat pengundian, Anwar turut mengutuk tindakan-tindakan lawan yang mengunakan platform ini bagi menyerang beliau secara peribadi.

“Saya tentu terlalu syukur dan gembira terhadap sokongan dikalangan rakyat dan massa dan sentimen itu bukan pura-pura dan dibayar tetapi ia harus diterjemah dalam bentuk undi dan pilihan raya mesti dijalankan dengan adil tetapi ada problem terutama serangan media itu terlalu besar,” katanya.

Anwar turut menyelar tindakan kempen BN yang terlalu jijik dan kotor.

“Saudara lihat sendiri banner2 mereka kita terangkan agenda ekonomi mereka serang peribadi serang peribadi secara jelik,” katanya lagi.

Cuaca Berkeadaan lebih baik

[10 pagi]Cuaca di Permatang Pauh dilaporkan lebih baik dari sebelum ini. Dijangka keadaan cuaca akan terus baik sehingga petang. Walaubagaimanapun pengundi dinasihat keluar awal ke pusat pengundian.

Anwar telah membuang undi

[[9.40 PAGI]]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK)- Calon KeADILan, Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.

Anwar yang memakai baju kemeja biru dan bersongkok manakala Dr Wan Azizah pula mengenakan baju kurung biru muda dan bertudung merah jambu disambut meriah oleh penyokong beliau di sekolah berkenaan.

Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.

Ketika menghubungi wartawan kami di sana, turut kedengaran laungan reformasi bergema menandakan sokongan yang begitu meriah keatas Anwar.

Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.

________________________

[9 pagi] Penyokong KeADILan berdisplin, BN mula timbul provokasi

PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Walaupun di provok pelbagai cara oleh penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat yang ternyata lebih ramai menunjukan sifat displin dan berjaya mengawal diri.

Di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti, penyokong dan perayu undi dari Pakatan Rakyat berkumpul dibawah jambatan sekolah berkenaan. Kira-kira 1000 orang berkumpul di sana.

Manakala kumpulan yang menyokong BN adalah lebih kurang 300 orang.

Anggota-anggota keselamatan, dilihat begitu ramai di kawasan sekolah berkenaan. Turut kelihatan helikopter polis yang berlegar-legar di sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin membuang undi pada jam 9 pagi di sekolah berkenaan. Wartawan kami turut melaporkan orang-orang kurang upaya dan warga tua turut menunaikan tanggungjawab mengundi.

Monday, August 25, 2008

Pengakuan Ramlang dedah kaitan langsung Najib - Anwar


Dipetik dari Suara Keadilan Online
Isnin, 25 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 25 OGOS (SK)- PENDEDAHAN Ustaz Ramlang Porigi bahawa sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di atur oleh pejabat Najib Razak membuktikan pembabitan Timbalan Perdana Menteri di dalam perancangan konspirasi menurut Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Najib bersama-sama kuncu Umno beliau akan berbuat apa sahaja untuk membuat fitnah dan melontar tohmah terhadap saya - Anwar Ibrahim

Anwar berkata sekarang jelas sudah terbukti setiap fasa yang beliau lalui dalam pertuduhan liwat ke atas beliau menunjukkan elemen konspirasi.

“Dalam setiap fasa pertuduhan terhadap saya dari laporan perubatan hospital, akuan bersumpah doktor yang memeriksa yang membuat tuduhan sehinggalah sekarang imam yang menyaksikan sumpah tersebut itu pun sudah tampil ke hadapan mempersoalkan perkara tersebut.

“Ini hanya membuktikan Najib bersama-sama kuncu Umno beliau akan berbuat apa sahaja untuk membuat fitnah dan melontar tohmah terhadap saya.

“Saya hendak lihat Najib nak atur apa pulak lepas ini,” beliau berkata kepada media di Yayasan Aman di Permatang Pauh tengahari tadi.

Beliau juga mengucapkan penghargaan terhadap tindakan Ustaz Ramlang yang beliau anggap ikhlas dan berani disamping menyuarakan kebimbangan beliau mengenai keselamatan imam Masjid Wilayah Persekutuan tersebut.

“Beliau amat runsing mengenai keselamatannya. Saya takut episod Bala sekali lagi akan berlaku dan berharap imam ini akan dijamin sewajarnya,”

Di dalam sidang media terakhir sebelum hari pembuangan undi esok bagi kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau juga menyeru penyokong Pakatan Rakyat supaya keluar mengundi seawal mungkin untuk menyenangkan semakan dafter pengundi.

Dipercayai jentera Barisan Nasional telah menurunkan seramai lebih daripada 20,000 pengundi hantu ke Permatang Pauh untuk mengundi bagi BN.

Anwar juga menyeru penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan melayani sebarabg tindakan provokasi dari pihak BN dan sentiasa menjaga aspek keselamatan dan tidam menimbul suasana tegang semasa pengundian esok.

Ditanya mengenai sambutan rakyat Permatang Pauh terhadap keempen pilihan raya kecil di mana belioau bertanding, Anwar gembira sambutan daripada semua lapisan masyarakat adalah amat menggalakkan.

“Sambutan rakyat adalah amat positif. Di mana saya bertemu mereka di Permatang Pauh, pengundi menunjukkan kesungguhan mereka untuk bergerak ke arah perubahan.

“Saya yakin sekiranya rakyat Permatang Pauh memberi kepercayaan kepada kita ia akan membawa kepada perubahan peta politik negara ,” kata beliau lagi

BN Kehabisan Idea Berkempen, Guna Isu Perkauman!

Bilik Gerakan Utama,
Dun Permatang Pasir.

Usaha Barisan Nasional memikat pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh menjelang detik hari pengundian semakin suka. Sekitar Dun Permatang Pasir telah memperlihatkan penguasaan ketara Pakatan Rakyat. Kerjasama antara PKR, PAS dan DAP kian utuh walaupun gerak kempen BN semakin kotor!

Pada pagi ini sahaja (Isnin/1.30-2.30 pagi), hampir 20 helai banner pelbagai saiz kepunyaan Umno telah dirampas dan diturunkan. Banner-banner tersebut jelas terpapar frasa-frasa provokasi perkauman yang turut menggunakan lambang-lambang parti gabungan Pakatan Rakyat.

Hasil kerjasama petugas-petugas PKR dan PAS telah berjaya merampas dan menurunkan banner-banner tersebut. Keadaan ini telah membuktikan BN khususnya Umno telah tersepit dan terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh.

Sekitar jam 10.45 malam tadi (24/8/2008), beberapa petugas upahan BN telah berjaya ditahan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat di Permatang Ara kerana telah menggunakan bendera DAP ketika berkonvoi menyebarkan risalah bertajuk "Kabinet Malaysia 16 September 2008" bermula jam 10.20 malam.

Mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kubang Semang.

Sunday, August 24, 2008

P44 Permatang Pauh: Pulau Pinang Isytihar Cuti Umum

Dipetik dari Suara Keadilan Online.
Ahad, 24 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang

PULAU PINANG: Hari pengundian pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang jatuh pada 26 Ogos ini telah disytiharkan cuti umum negeri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu sidang media pagi ini.

Cuti umum istimewa ini diberikan kerajaan negeri kerana bagi memastikan pengundi-pengundi di Permatang Pauh dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi tanpa sebarang masalah.

“Kerajaan negeri telah mempertimbangkan perkara ini sejak pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dimana tarikh pilihanraya yang jatuh pada 26 Ogos dan ianya hari Selasa serta ianya menyebabkan peratus keluar mengundi akan menurun kerana hari tersebut adalah hari bekerja.” jelas Lim.

Pengumuman ini dibuat sehari selepas Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti peristiwa bagi sekolah-sekolah di Permatang Pauh kerana bangunan sekolah digunakan sebagai tempat mengundi.

Menurut Lim lagi, cuti istimewa ini diambil sebagai cuti tambahan bagi negeri Pulau Pinang dan ianya tidak perlu digantikan dengan cuti yang lain. Beliau turut menyaran agar semua pengundi dapat keluar pada hari Selasa ini bagi mengundi.

Kerajaan negeri turut meminta kesemua kilang bagi membantu pekerja mereka di Permatang Pauh bukan sahaja dari segi kerja tetapi juga dalam menjalankan tanggungjwab dan hak mereka sebagai pengundi, ini adalah kerana pilihanraya ini juga akan menentukan hala tuju negari kita.

Saturday, August 23, 2008

Bayangan Kemenangan Kian Nyata!

Permatang Pasir,
23/8/2008.

Kemenangan kini sudah makin terzahir berpihak kepada DSAI. Memang mudah frasa ini diungkapkan tetapi berdasarkan beberapa informasi risikan jentera PKR telah ada "pengakuan" tidak rasmi daripada "Orang-orang Besar Umno" yang mengakui BN akan tersungkur dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

Situasi dalaman Umno Bahagian Permatang Pauh juga yang seolah-olah kurang menyokong calon BN, Arif Shah telah menyerlahkan kepincangan sturuktur sokongan jentera Umno. Atas sebab ini jugalah, wujud cara berkempen yang jahat dari pihak Umno. Frasa-frasa berbaur perkauman terpampang pada banner-banner kempen BN yang bertujuan membelit-belitkan pemikiran orang Melayu daripada isu ketuanan Melayu di Pulau Pinang hingga ke isu kouta 10% UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera..

Kita bakal menyaksikan kempen jahat Umno dalam baki-baki hari berkempen ini menjadi lebih hebat dan gila, sehebat dan segila situasi keretakan yang berlaku dalam Umno itu sendiri!!
Makin gila kempen jahat mereka...makin teruk dan kalutnya keadaan sebenar di dalam Umno itu...bak kata pakcik-pakcik di Permatang Pasir ini "depa ni betui-betui haprak!!!"

Friday, August 22, 2008

Umno MAKIN TERDESAK, guna provokasi jahat!!






Banner-banner Yang Dirakam Di Sekitar Permatang Pasir



Permatang Pasir

1.00 pm
Jumaat

Umno kini berada dalam keadaan yang cukup TERDESAK sehingga sanggup memasang banner-banner ciptaan mereka yang memaparkan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Lim Kit Siang. Tertera perkataan Perdana Menteri Malaysia di bawah gambar DSAI dan perkataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di bawah gambar Lm Kit Siang. Barisan Nasional secara beraninya turut menampilkan logo PKR pada banner tersebut.

Ini adalah antara kempen jahat Barisan Nasional khususnya UMNO yang cuba mencetuskan sentimen perkauman antara penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi secara keseluruhannya. Banner-banner ini ditemui terpasang di sepanjang jalan utama Permatang Pasir hingga ke Pengkalan Tambang.

Adalah dipercayai banner-banner ini telah dipasang sekitar jam 4.00 pagi tadi. Tindakan pantas petugas-petugas di daerah mengundi Permatang Pasir telah bertindak menurunkan banner-banner terbabit sejurus mendapat arahan pihak Sekreteriat PKR.

Thursday, August 21, 2008

Umno Terdesak, Menjaja Fitnah!

Permatang Pauh,
2.25 petang,
21 Ogos 2008/Khamis.

Kempen PRK Parlimen Permatang Pauh jelas memihak kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Permatang Pauh bersikap positif terhadap kempen-kempen PKR yang secara terang-terangan menolak kempen-kempen BN yang penuh provokasi perkauman.

Tepat jam 12.20 tengahari tadi, pihak kami telah menerima info mengenai sebaran bahan kempen yang memaparkan senarai kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengucar-kacirkan persefahaman antara PKR dan PAS. Bahan kempen itu telah memaparkan senarai kabinet Malaysia Pakatan Rakyat yang tidak menyenaraikan nama Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jelas sekali UMNO sudah makin terdesak untuk meraih sokongan pengundi Permatang Pauh. Mereka telah menggunakan sebaran-sebaran kempen yang berbaur perkauman.

Ceramah umum di Sama Gagah malam tadi (20 Ogos 2008) telah membuktikan sokongan bukan hanya datang daripada pengundi Melayu tetapi mendapat perhatian daripada pengundi-pengundi bukan Melayu sekitar Sama Gagah. Penyatuan sokongan seluruh rakyat berbilang kaum ini adalah bukti penafian nyata rakyat kepada BN dan Umno!

Pertembungan Fitnah Nyata dan Aspirasi Politik Harapan Baru

Hari ini (20 Ogos 2008 / Rabu) pertembungan sengit di ceramah-ceramah kelompok telah memperlihatkan kehangatan para penceramah memperdebatkan isu-isu utama kempen PRK Parlimen Permatang Pauh P44.

Perkarangan Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh di Pekan Permatang Pauh penuh sesak dengan kehadiran penduduk tempatan dan luar kawasan yang setia mendengar penjelasan isu-isu semasa. Jelas sekali isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional melalui media-media kawalan mereka tidak mampu menghalang penduduk Permatang Pauh datang menghadiri ceramah tersebut.

Kesesakan jalan raya bermula jam 9.30 malam apabila ceramah kelompok Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh dimulakan. Kebetulan juga pada waktu yang sama, Bilik Gerakan BN di seberang jalan berhadapan Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh turut mengadakan ceramah kelompok mereka.

Penceramah BN telah mula menyerang dengan isu-isu perkauman dan dengan secara sengaja menghalakan peti pembesar suara ke arah Bilik Gerakan PKR. Setiap hujahan BN dapat dipatahkan dengan lantang oleh penceramah-penceramah wanita Pakatan Rakyat. Tanpa diduga, keadaan ceramah kelompok kedua-dua bilik gerakan ini telah bertukar menjadi acara debat yang menghangatkan!

Kehebatan penceramah-penceramah wanita Pakatan Rakyat telah dimulakan oleh wakil Muslimat PAS, YB Dr.Mariah (ADUN Kota Raja) diikuti wanita-wanita besi PKR iaitu YB Zuraida Kamarudin (Parlimen Ampang), YB Elizabeth Wong (Exco Selangor) dan Puan Aishah Lamsah (wakil Wanita PKR Negeri Sembilan). Turut hadir berceramah menghangatkan
suasana YB P. Gobalakrishnan.

Tuesday, August 19, 2008

Kehangatan PRK Parlimen Permatang Pauh P44

Kerancakan tempoh berkempen selama 10 hari sebelum hari mengundi pada 26 Ogos 2008 nanti telah diwarnakan dengan isu-isu hangat yang penuh provokasi terutama oleh Barisan Nasional.

Barisan Nasional khususnya UMNO telah memainkan sentimen-sentimen negatif melalui akhbar-akhbar kawalan mereka yang secara keseluruhannya cuba menggambarkan keburukan PKR. Isu liwat dan isu bersumpah Saiful Bukhari cuba dilaungkan tanpa mereka sedar telah melahirkan kemarahan membuak rakyat terhadap kepimpinan BN.

Hakikatnya di Permatang Pauh rakyatnya langsung tidak menghiraukan propaganda murahan Umno memancing perhatian para pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Semalam sahaja (18 Ogos 2008), di DUN Seberang Jaya dilaporkan sudah ada kempen meraih undi dengan memberi wang kepada peniaga-peniaga pasar malam supaya mengundi calon Umno. Mengikut laporan yang disampaikan itu, seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri utara Semenanjung Malaysia telah memberi RM 150 kepada setiap peniaga-peniaga pasar malam yang ditemuinya.

Setiap bilik gerakan Pakatan Rakyat (PKR & PAS) di seluruh daerah mengundi Permatang Pauh sentiasa dipenuhi dengan kehadiran penduduk tempatan sedangkan keadaan sebaliknya berlaku kepada BN. Bilik gerakan BN hanya dipenuhi oleh jentera-jentera mereka yang datang dari luar Permatang Pauh dan negeri-negeri lain.

Saturday, August 9, 2008

Saya Mahu Memasuki PARLIMEN 27 Ogos 2008-DSAI

Saya mahu memasuki Parlimen pada 27 Ogos 2008 - Anwar
Harakahdaily

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang wewenang.

Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya.

Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini.

Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak.

Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998.

Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam.

Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela.

Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai.

Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau.

Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya.
Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini.
Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat.

Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut.

Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KENYATAAN MEDIA 8hb OGOS 2008, PETALING JAYA - mr_

Friday, August 8, 2008

Pengakuan Bersumpah Dr. Osman Abdul Hamid

Ini adalah pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Dr. Osman Abdul Hamid yang menyatakan Saiful Bukhari TIDAK DILIWAT!!!



















Thursday, August 7, 2008

TERKINI: Pendakwaan Terhadap Anwar-Pertuduhan Ditukar!




Pendakwaan terhadap Anwar: Pertuduhan ditukar
Khamis, 7 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Suara Keadilan

[KEMASKINI] KUALA LUMPUR, 7 OGOS (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mempermainkan badan kehakiman dengan menukar-nukar dakwaan terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau ini membuktikan ada konspirasi dan campurtangan politik diatas pendakwaan yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Seperti yang disebut di kamar mahkamah Anwar telah berkata semalam Perdana Menteri berkata kes ini alah kes rogol dan ini telah memburukan imej Anwar, tetapi hari ini pula, mahkamah menukarkan pendakwaan dan menunjukan ianya adalah penyelewengan yang bertujuan untuk menghalang beliau dari mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil,”katanya kepada Suara Keadilan.

Diatas pendakwaan keatas beliau hari ini, beliau dituduh dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, bukan seperti sebelum ini dibawah Seksyen 377C.

Hakim, SM Komathy telah menetapkan 10 September depan dan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dalam perbicaraannya pagi ini di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Anwar mengaku tidak bersalah diatas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas pembantunya, Saiful .

Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Anwar yang ditemani isteri yang juga Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga anak sulungnya Nurul Izzah tiba di Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.35 pagi.

Diantara pemimpin yang hadir di Mahkamah pagi ini ialah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Naib Presiden PAS, Husam Musa dan Pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah
melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Wednesday, August 6, 2008

ADUN PKR Negeri Sembilan-N13 Sikamat

YB AMINUDDIN HARUN



Fakta Kemenangan:

Jumlah Daftar Pemilih: 15,491

Undi Yang Diperolehi: 6036

Majoriti: 499

Kecelaruan saat-saat akhir UMNO Negeri Sembilan meletakkan calon PRU ke-12 yang dipengaruhi oleh "dominasi" Khairy Jamaluddin telah meledakkan kemarahan penyokong-penyokong Umno Negeri Sembilan yang secara terang-terangan menolak calon-calon yang sepatutnya layak bertanding. Faktor inilah yang telah membawa kepada undi protes penyokong UMNO yang berpihak kepada calon PKR di beberapa kawasan mengundi.

Pertempuran sengit di DUN Sikamat turut menjadi episod mendebarkan di Parlimen Seremban yang telah menyaksikan mobilasi pembangkang yang berterusan telah menghasilkan kemenangan luar biasa. Selain daripada DAP yang menguasai empat DUN (Temiang, Lobak & Nilai) daripada enam DUN, PKR juga telah berjaya menrebut kerusi DUN Ampangan dan Sikamat.

Direktori ADUN Sikamat:

NO. 510 1st Floor Tmn. Sikamat Jaya,
70400, SerembanNegeri Sembilan.
(Pusat Khidmat Rakyat)

Tel / Faks: 06-7610211
HP: 019-651 0167
Email: aminuddin_hasni@yahoo.com



Tuesday, August 5, 2008

ADUN PKR Negeri Sembilan-N14 Ampangan

YB RASHID LATIFF

Fakta Kemenangan:
Jumlah Daftar Pemilih: 15,286
Undi Yang Diperolehi: 5679
Majoriti: 165

Dun N14 Ampangan merupakan kawasan bandar yang majoritinya terdiri daripada pegundi Melayu. Pertempuran di kawasan ini juga sengit kerana majoriti kemenangannya agak kecil. Selain daripada faktor isu semasa dan DSAI, kemenangan PKR Negeri Sembilan juga turut dibantu oleh masalah dalaman UMNO berkaitan pemilihan calon-calon PRU ke-12 lalu dipengaruhi oleh dominasi Khairy Jamaluddin meletakkan pengaruh politiknya di Negeri Sembilan.

Namun, yang jelas pengundi-pengundi di Ampangan tetap memberikan kemenangan kepada YB Rashid Latiff sebagai undi protes kepada UMNO dan membuka satu lebaran baru kepada PKR Negeri Sembilan bertapak di kawasan bandar ini.

DIREKTORI ADUN AMPANGAN

NO. 171 Jalan Seremban-Kuala Pilah,
Ampangan
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
(Pusat Khidmat Rakyat)

Tel: 06-7644622
HP: 019-652 7071
HP: 016-204 2464 (Sufian)
Email: ybrash@streamyx.com.my

Sunday, August 3, 2008

ADUN PKR Negeri Sembilan-N33 Port Dickson

YB M.Ravi


Fakta Kemenangan:
Undi Diperolehi: 4475
Jumlah Pemilih Berdaftar: 11,848
Majoriti kemenangan: 733


Momentum kemenangan Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Teluk Kemang turut berlaku di DUN Port Dickson dengan kemenangan YB Ravi a/l Munusamy. Pertempuran yang dikira sengit itu telah berpihak kepada YB Ravi dengan majoriti 733 undi yang menewaskan calon Barisan Nasional, Dato' T. Rajagopalu dan calon Bebas, Jeeva Kumar Marimuthu. Kemenangan ini telah mengukuhkan dominasi pembangkang yang menguasai tiga daripada lima DUN yang berada dalam Parlimen Teluk Kemang.

Tiada siapa menjangkakan kemenangan bergaya pembangkang di Parlimen Teluk Kemang dengan kejayaan merebut tiga kerusi DUN yang sebelum ini mudah dikuasai oleh Barisan Nasional.

Kemenangan YB M. Ravi telah membuktikan masyarakat India menyokong perjuangan PKR yang membela kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Direktori ADUN Port Dickson:

11 A Jalan Mahajaya,
Port Dickson Centre Point,71000 Port Dickso
n
(Pusat Khidmat ADUN Port Dickson)

Tel: 06-6474700 / 06-6474710
HP: 012-654 4737
012-282 4130 (Muhammadin)
Email: ravipdm@yahoo.com




Saturday, August 2, 2008

ADUN PKR Negeri Sembilan-N29 Chuah

YB Chai Tong Chai
Fakta Kemenangan:
Undi Diterima: 4415
Majoriti: 1324
Jumlah pemilih: 10,159
Kemenangan YB Chai Tong Chai di Dun Chuah telah menjadi kesinambungan kepada kemenangan bergaya Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Teluk Kemang. Tanpa diduga, pengundi-pengundi di Chuah telah memberi undi kemenangan kepada YB Chai Tong Chai.
Sebagaimana yang diketahui, kawasan Chuah merupakan kawasan luar bandar dan agak terpencil kerana ia adalah kawasan perladangan kelapa sawit dan juga kawasan penternakan. Seringkali kawasan luar bandar akan menjadi lubuk kepada Barisan Nasional mendominasi undi tetapi keadaan sebaliknya di Chuah. Ternyata sekali, pengundi-pengundi Chuah mempunyai kesedaran kepada politik semasa negara. Mereka juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama melakukan reformasi politik negara bersama Parti Keadilan Rakyat.
Yb Chai Tong Chai juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Negeri Sembilan. Kelantangan beliau menyuarakan permasalahan rakyat Negeri Sembilan semasa sesi persidangan di Dewan Undangan Negeri turut menjadi perhatian utama oleh ADUN-ADUN BN. Malah, permasalahan yang disuarakan dalam persidangan tersebut adalah berdasarkan fakta yang tepat dan tidak bersifat politikal. Kebanyakan ADUN BN juga mengakui keberanian YB Chai yang mengemukakan soalan-soalan yang lebih proaktif.
Kebolehan YB Chai bertutur dalam bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu telah memberi suatu kelebihan komunikasi kepada beliau dengan masyarakat. Kelebihan ini telah membantu beliau memahami permasalahan dan merapatkan hubungan antara Parti Keadilan Rakyat dengan seluruh masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sembilan.
Direktori Adun Chuah:

213 Jalan Besar, Bukit Pelandok,
71960 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
(Pusat Khidmat ADUN Chuah)

HP: 016-631 3232
HP: 012-682 5662 (Shamsiah)
Faks & No Tel: 06-667 2317
Email: adunchuah@gmail.com